Wednesday, February 24, 2010

Dengarlah Wahai Anak feat. Saujana dan Farhan

1 comments

Assalamualaikum w.b.t

title Dengarlah Wahai Anak
composed & written by ADI SAUJANA
artiste ZULHILMI Feat. SAUJANA DAN FARHAN
album CHARITY ALBUM FOR MA'AHAD TAHFIZ AL-IRSYAD


Pyan

Dengarkanlah Nasihat Ibu,

Susah Payah Dia Melahirkanmu

Dengarkanlah Suruhan Ibu,

Kerna Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu..

Zul

Dengarkanlah Teguran Ayah

Dia Bekerja Bersusah Payah,

Dengarkanlah Ajaran Ayah,

Kerna Kamu Pasti Akan Berjaya

Adi

Anugerah Dari Yang esa

Limpahan Kurniaan-Nya

Kaulah Penyeri Sinari Hidup Ini.. Ooo

Chorus

Najran

Wahai Anak Yang Soleh, Pasti Kamu Peroleh,

Kejayaan Di Dunia, Syafaat Di Akhirat.

Faizal

Wahai Anak Solehah, Jagalah Kau Maruah,

Santun Peribadimu, Peliharalah auratmu.

Nua

Dengarkanlah Wahai Anak,

Kau Permata, Kau Cahaya Hati

Zul

Anugerah Dari yang Esa,

Limpahan Kurniaan-nya,

Kaulah Penyeri Sinari hidup ini…. Oooo

Interlude

Zul & Nino

Chorus

Zul

Wahai Anak yang Soleh Pasti Kamu Peroleh

Kejayaan Di Dunia Syafaat Di Akhirat

Nino

Wahai Anak Solehah Jagalah Kau Maruah

Santun Peribadimu Pelihara Aurat Mu… Uuuu

Najran

Wahai Anak Tersayang Semat Jiwa Penyayang

Hormati Orang Tua Cintailah Keluarga

Zul

Wahai Anak Dikasih Pasti Jiwamu bersih

Bertakwalah Selalu Doakan Ibu Bapamu… uuuu…

Pyan

Dengarkanlah Wahai Anak

Kau Permata Kau Cahaya Hati..


iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Tuesday, February 23, 2010

Lagu baru,composer Akmal Mirwana

7 comments
Assalamualaikum w.b.t

title *masih dalam perbincangan,siapa ada idea?

composed & written by AKMAL MIRWANA
artiste ZULHILMI
album CHARITY ALBUM FOR MA'AHAD TAHFIZ AL-IRSYAD

Hadirmu kekasih
Sinari jalanan insani
Langkahmu kususuri
Menjadi Sebuah inspirasi

Oh waktu terus berlalu
Jejakmu mencetus sirah yang agung

Semangatmu kan sentiasa di sisi
Benih cintamu tersemai di sini
Kembara perkasa hijrahmu
Membara di hatiku

Bicaramu teguh buat pedoman
Kata-kata mu jadi renungan
Kembara perkasa hijrahmu
Terus membara di hatiku

Perjuanganmu kekasih
Tak pernah kenal erti sengsara
Pengorbananmu melangit
Demi umatmu yang kau cinta


iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Monday, February 15, 2010

Jualan dan featuring artis indonesia

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah..masih diberi kelapangan untuk update blog ini..tidak ku sangka yang album daku ini mendapat sokongan dari artis indonesia dan setuju untuk berkolabrasi dalam album ini..ini semua kerja Allah, daku hanya merancang untuk membantu tambahkan lagi kutipan dana melalui penjualan di indonesia selain di malaysia..

InsyaAllah..daku akan buat satu produksi atau management bersama company dari indonesia..album ini juga akan promo di seluruh radio nasyid/muslim di indonesia iaitu sebanyak 30 stesen radio..selain itu juga jika daku murah rezki akan buat konsert promo di sana nanti.

Alhamdullilah..lagu untuk album juga telah bertambah 2 lagu lagi..1 lagu di cipta oleh daku sendiri, susunan muzik daku buat di indonesia sebab feel muzik berbeza sedikit..lagipun lagu sendiri kan..hehe..untuk 1 lagu lagi akan di sponsor oleh taqien fatih,dia cipta lagu dan akan featuring dengan daku lagu tu.kira dia jugak akan bantu untuk jualan di sana.Untuk pengetahuan taqien fatih nie dari kumpulan nasyid acapella terkenal di indonesia iaitu kumpulan fatih acapella...pasti ramai yang kenal kan..memang rezeki sangat..alhamdullilah..

insyaAllah daku akan update untuk berita terbaru mengenai Al-irsyad's project album nie ya..doakan daku supaya semuanya berjalan dengan lancar..

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Saturday, February 13, 2010

Komposer Al-Irsyad's project album

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkembangan mengenai Al-Irsyad's project album..insyaAllah selepas hari raya cina ini daku akan terima lagu-lagu dari setiap komposer dan untuk post kali nie daku nak kongsi mengenai komposer-komposer yang dipilih untuk berkerjasama dalam album ini.

1) Akmal Mirwana-2 lagu (Nyanyian Zulhilmi dan Zulhilmi feat Muslim voice 'Acapella song')
2) Abd Halim Devotees-1 lagu (Nyanyian Zulhilmi feat halim Devo)
3)Adi Saujana- 1 lagu (Nyanyian Zulhilmi feat Saujana)
4)Faiz Hamzah-2 lagu(Nyanyian Zulhilmi)

InsyaAllah daku akan muatkan juga lagu yang pernah di rakamkan seperti lagu 'teman' yang dimuatkan dalam Album Nasyeed Underground tu.Berita lanjut daku akan update nanti ya.Moga usaha kecil ini diberkati.Doakan daku ya teman-teman...=)

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Sunday, February 7, 2010

Pengabdi Cinta-Mu (Lagu Baru)

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

title PENGABDI CINTA-MU

composed & written by ABD HALIM BIN AHMAD
artiste ZULHILMI feat. HALIM
album CHARITY ALBUM FOR MA'AHAD TAHFIZ AL-IRSYAD

Telah kuredahi
Segenap ruang di hati ini
Namun masih belum kutemui
Dia yang kucari oh…
Telah jauh beribu batu
Perjalananku mencari yang satu
Namun mengapa sering fana dunia
membuntukanku

Dalam hidupku merasakan
Begitu halus sentuhanNya
Mungkin dia mendekatiku
Sedang tidak kusedari akan hadirNya?

Dimanakah yang kucari
Ketenangan yang hakiki
Dimana kan kutemui
Pemilik cinta yang Abadi
Bermusim berlalu
Hingga menemukanku
Cahaya yang terang
Menyuluh jalanku
Terbitnya cintaMu
Menyedarkan aku
Mengubati rindu

Chorus:
Aku sang pengabdi mencari kudus kasihMu
Yang mengharap belas dan akur kata janjiMu
Kerna aku pasti tiada berhak memiliki
Penyerahan ini hanyaMu Ilahi

Andai bisa kumengukirkan kata cintaku
Akan kususun bintang-bintang menjadi satu
Kalimah teragung tanda seluruh jiwaku
Hanya kepadaMu

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim
 

Copyright © 2011 Reserved to Zulhilmi Safain Design with love by CikBulat