Sunday, November 29, 2009

Sebuah Doa (Full demo)

2 comments
Assalamualaikum w.b.t

Sebuah Doa (Full Demo)
Nyanyian : Zulhilmi@Zul and the Messages
Lagu/lirik : Faiz Hamzah (Soulart studio)
Susunan Muzik : Faiz hamzah (Soulart Studio)
Studio rakaman : Neurotic Studio




iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Tuesday, November 3, 2009

Realiti TV : Dai Kecil vs Idola Kecil

3 comments
Assalamualaikum w.b.t

Aku sangat tertarik dengan realiti TV di indonesia sehinggakan aku rasa nak kongsikan pada posting kali ini.Sangat2 terkejut,malaysia melahirkan penyanyi2 cilik tetapi di indonesia melahirkan dai2 cilik,Realiti yang diberikan nama PIDACIL ini menggunakan konsep yang sama seperti realiti TV yang lain.Ada undian SMS,ada komen dari juri cuma yang membezakan mereka dengan idola kecil adalah mereka akan berceramah,berpidato dan sbgainya di khalayak ramai.Sangat2 teruja,kalaulah TV9 boleh terbitkan realiti TV seperti ini(daripada terbitkan realiti utk menjahanamkan generasi muda).Fikir2kanlah.Dibawah nie aku kongsikan link antara video rancangan PIDACIL@dai kecil ini(banyak lagi boleh tengok di youtube).Template blog aku nie tak boleh nak letak video,maaflah yer jadi bolehla tengok di youtube erk.

KLIK LINK


iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Monday, November 2, 2009

Final Exam

1 comments



Assalamualaikum w.b.t

Mohon untuk doakan daku
dalam Final Exam
Terima kasih
Nak kongsikan sebuah kisah
mungkin boleh dijadikan teladan
dan
peringatan


Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya
mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya... sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya 10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya...Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada disitu...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya... Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati................

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim
 

Copyright © 2011 Reserved to Zulhilmi Safain Design with love by CikBulat