Friday, November 28, 2008

Tahniah Aiman!

0 comments
Alhamdullilah..bersyukur sangat-sangat,kata-kata yang diungkapkan oleh aiman lepas berjaya menjadi finalis bagi kategori etnik kreatif muzik-muzik.Tahniah aiman,sebenarnya aku tak sangka jugak dan aku cume berdoa supaya dia berjaya ke peringkat akhir.Alhamdullilah berjaya jugak,rezekila katakan.Sempat juga aku menelefon dia selepas kejayaan die tu dan die ckp masih tak percaya dengan apa yang dikecapi ni.Sekarang die nak berehat dulu dan tak nak fikir hal anugerah juara lagu lagi,katanya pada aku sebelum menamatkan talian.hihi..ape-ape pun aku doakan yang terbaik untuk aiman..wassalam...


Gambar kenangan dengan aiman lepas konsert sua rasa di kedah

Wednesday, November 26, 2008

Apa salah aku?

2 comments
Bismillah ku mulakan bicara...

Hatiku berbisik untuk aku update blog nie..Aku sedih,kenape?apa salah aku?kenape orang suka rosakkan kegembiraan aku.Aku cuma insan yang lemah,tak mampu untuk berbuat ape2.Aku cuba untuk perbaiki keadaan tapi kenapa masih nak salahkan aku.Mungkin ada yang tertanye-tanye apa masalah aku itu,sebenarnya aku telah mendapat satu tamparan yang agak hebat dalam hidupku.Orang menuding jari pada aku dan terus menyalahkan aku,hatiku hancur kerana ada yang sanggup untuk menghancurkan kegembiraanku,aku pun tak tahu kenapa?aku tak pernah hancurkan kegembiraan sesiapa.Aku ingin untuk perbaiki diriku ini dari segala kesilapan yang lepas dari segala dosa dan noda tapi ini yang aku terima.Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Aku cuma mampu untuk terus berdoa pada Allah supaya ditetapkan hatiku padaNya untuk terus menyusuri jalan yang lurus ini.Tak apalah,mungkin dengan luahanku ini dapat mengurangkan beban yang menimpa diriku ini.Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca.

+Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi muhammad pesuruh Allah..Islam Agamaku..



Friday, November 21, 2008

Apa khabar akademi nasyid?

2 comments

Bismillah ku mulakan bicara...

Terpanggil untuk menulis..huhu..tapi kali nie coretan yang aku nak buat nie agak istimewa sebab aku nak cerita pasal apa yang dibuat oleh pelajar-pelajar akademi nasyid nie lepas habis akademi.Mesti ramai peminat akademi nasyid nak tau kan jadi insyaAllah aku akan ceritakan serba sedikit yang aku tau pasal diorang tapi aku cerita yang mana tau jela.

+Jadi untuk awal-awal nie aku nak cakap pasal abg azhan..sape yang tak kenal,juara akademi nasyid tu.Dgr cerita sekarang nie abg azhan memang banyak show sampai tiap hari leh ade show.bagus-bagus,terharu aku mendengarnye.Harap-harap lepas nie abg azhan adela ajak aku wat show skali.Lame dah tak dengar kabar die dan skng nie pun maybe abg azhan dah masuk studio untuk recording dibawah hijjaz record,begitulah hendaknya.

+aiman lagila hebat..huhu..tak lame lagi die dah nak kuar album di bawah syarikat arteffect production,syarikat hafiz hamidun la tu.lagu-lagu dalam album die pun memang best,adela jugak aku dah dengar.InsyaAllah hujung tahun nie album aiman akan berada dipasaran jadi kepada peminat aiman,jangan lupe beli tau.Satu lagi yang hebatnye die skng,dapat masuk separuh akhir muzik-muzik dgn lagunye dusta berkalang tu.memang gempakla aiman,tahniah aiman.Alhamdullilah dgn aiman setakat nie aku tak lost contact lagi.Selalula jugak tanye kabar.hihi..ape-ape pun all da best untuk aiman,harap dapat ke final.

+cicik..huhu..cicik sekarang nie takde berita lagi nak buat album dan sekarang nie pun cicik dah mule busking balik.Mungkin die memang tak leh lari dari asal usul die kot,memang dah serasi dengan cara macam tu.Ingat nak jugak ikut cicik busking tapi buat masa nie masih tak kesampaian.hm..sekarang nie pun aku sibuk jugak promote cicik nie,kire tolong diela..seperti yang aku katakan pada coretan yang lepas jadi kalau ade sape-sape nak jemput cicik buat show bolehla bgtau aku erk.hihi..itu je kot pasal cicik buat mase nie dan kalau sape-sape nak jumpe bolehla pergi setiap program tv9 seperti AKOK dan sua rasa yer.

+Inheart dan farhan..dua group yang memang tak boleh berpisah..haha..nak tau kenape sebab sekarang nie diorang bergerak same-same untuk show amal dan macam-macam lagila(perancangan hebat)..bagus diorang nie sebab banyak buat persembahan di rumah anak-anak yatim.terharu aku mendengarnye.Ape-ape pun all da best untuk diorang.Moga sukses selalu.Ucapan aku untuk diorang cepat-cepat sket keluar single..hihi

+sofieya..haha..yang nie lagila aku terkejut,walaupun diorang terkeluar pada minggu kedua akademi nasyid tapi semangat diorang memang kuat sebab sekarang nie diorang dah banyak buat recording lagu dan yang terbaru buat recrding di studio devotess.Diorang nie banyak berkerjasama dengan nasyeed.com..huhu..bagus2..aku suke semangat korang.Selain tu jugak diorang ade bukak company kecil-kecilan iaitu sofieya edutainment,kirenye macam motivasi sambil berhiburla tapi lebih kepada pelajar sekolah rendah jadi mane-mane sekolah rendah bolehla jemput diorang bagi motivasi disamping tu boleh berhibur..hihi..promote 2..bayar royalti..jangan marah..gurau aje..Good Job..

+Voice of men..sape tak kenal kumpulan yang penuh dengan peminat dari universiti..haha..diorang dah makin maju dan banyak buat recording sendiri yang paling aku minatnye lagu damai yang diorang record sendiri.huhu..memg betul-betul best.Terima kasih banyak bro fath bagi aku lagu tu..hihi...berite terbaru jugak diorang tak lame lagi akan masuk pertandingan universiti-universiti seluruh malaysia(wakil utm skudai) jadi harapnye kalian dapat doakan diorang moga berjaya erk.Buat yang terbaik yer voice of men,aku doakn korang.

Hmmmm....nak cakap pasal sape lagi erk..haha..penat menaip..buat mase nie tu aje kot yang boleh aku ceritakan.InsyaAllah aku akan cube dapatkan berita terbaru dari pelajar-pelajar AN yang len plak erk.Moga-moga apa yang diorang cuba sampaikan akan diberkati oleh Allah dan mendapat sokongan dari semua khususnya peminat akademi nasyid.Ape?nak tau perkembangan aku?tak payahla..tak penting pun..aku sorang aje skng nie..hihi..okla...Assalamualaikum...:)

Monday, November 17, 2008

Solat tiang agama?betul ke?

0 comments

Hmm...sedih bila aku memikirkan soal ini.Kenapa susah sangat untuk mendirikan kewajipan itu?Apa yang payah sebenarnya?cuma perlukan sedikit masa sahaja,perkara-perkara lagho kalau 10 jam pun takpe tapi............aduh...tidak tertahan lagi apabila memperkatakan soal ini,bukannya apa cuma nak tanya sikitla,api Neraka tu sejuk ke?azab kubur tu tidak menyeksakan ke?cuba kalian fiki-fikirkan.Pabila malaikat bertanya di kubur nanti,apa yang nak dijawab?nak harapkan amal sekarang ni?Hampeh!!kuman pandang pun tak heran.Kalau dicampak di bumi, ayam tak patuk itik pun tak sudu.Hmmmm...insaf-insaflah.Susah sangat ke nak usung diri ke tikar sembahyang tu.Mungkin lagi senang kalau nak dibandingkan bila kalian diusung ke kubur nanti.

Hari tu aku ada terbaca hadis,bunyinya begini,Sabda Nabi:"Barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka telah tersedia tempatnya di neraka".
Wow!ganjaran first class tu,siapa rasa nak ganjaran ni bolehla jugak untuk terus tinggalkan kewajipan lima waktu ini.Fikir-fikirkanlah.

Manusia terlena dalam mimpi indah,cinta dunia yang fana hanya sementara,bisa terlupa janji kepada tuhannya.Maka nikmat tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan?

Setakat nie je kot,aku harap apa yang aku cuba coretkan ni dapat dijadikan iktibar dan berusahalah untuk merubah diri kita bersama.

Sekian.....

Friday, November 14, 2008

Anak didik buat roadshow?

0 comments


Assalamualaikum ku mulakan bicara..

Alhamdullilah ade juga peluang nak update blog nie,ramai jugak yang suruh update cepat.Ape-ape pun nak ucap terima kasih byk-byk pada semua yang menyokong aku sebagai mantan muslim voice,sebenarnya lepas sahaja aku post coretan yang lepas terus ramai peminat-peminat(perasanla tu) yang tanye,kenapa keluar dari muslim voice,tak bestla muslim voice lepas nie dan macam-macam lagila..hihi..terima kasih byk-byk sudi jugak nak ambik tahu.Tentang persoalan tu diriku yang tidak berdaya ini ingin memohon maaf banyak kerana tak dapat untuk menjawabnya mungkin ini aku anggap sebagai kenangan yang tidak perlu difikirkan lagi,minta maaf yer semua.Nak ucap terima kasih juga sebab ada yang komen coretan-coretan aku kat blog nie.hihi..terharu nie.Okla,kita tinggalkan dulu psal nie untuk coretan kali ini aku nak cerita sikit pasal kumpulan nasyid kolej yang pernah aku kongsi ilmu dengan mereka tentang acapella,nama group nie irsyadi.Sekarang diorang dah ade perkembangan terbaru sebab diorang dah mule buat roadshow mengelilingi pahang nie.Nama roadshow nye kalau tak silap Jelajah Layar Keinsafan.huhu..macam tajuk lagu mestica la pulak.

14 november 2008(9 malam),hari nie roadshow pertama diorang bermule di taman esplanade(sape duk kuantan taula)..happening jugakla cume penonton aje kurang memberangsangkan tapi aku tetap datang nak bagi sokongan.Sebenarnye cume tinggal segelintir sahaja ahli kumpulan nie yang aku pernah berkongsi ilmu yang lain semua dah abis belajar,kebanyakannye semua ahli-ahli baru.Best jugak suara diorang tapi hatiku menjadi sedih sebab diorang takde pun bawak lagu acapella,maknenye ilmu yang ku ajarkan itu sudah tiada.hik3.mengikut apa yang diorang ckp pihak pengurusan tak bagi bawak lagu acapella jadi terpaksela bawak lagu yang ade muzik.Okla sampai disini dulu coretan ku buat mase ini,ape-ape pun terima kasih banyak-banyak sudi baca sampai habis yer.Disini aku ade letakkan satu gambar yang sempat aku ambil sewaktu persembahan mereka.(tu gambar yang kat atas 2..satu aje tau..)

Tazkirah:Walau dimana sahaja@dalam apa jua keadaan sekalipun,jangan tinggal solat!!

Wednesday, November 12, 2008

Adakah masih aku?

3 comments

Apakah perkembangan terbaru?Apa cerita sekarang?,Persoalan yang sering berlegar di friendster zul muslim voice,yahoo messenger dan para sahabat,peminat yang berjumpa denganku.Kenapa orang masih lagi bertanyakan soalan itu kepadaku sedangkan aku bukan lagi ahli muslim voice?bukan ahli muslim voice?kenapa?Apakah selama ini aku hanya watak tambahan dalam pembikinan filem muslim voice?,sebenarnya aku telah disingkirkan dari muslim voice di atas sebab musabab yang boleh dikatakan kompeten.Aku menerima dengan hati yang terbuka,mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Allah merancang dan kita pun merancang tetapi perancangan Allah lebih hebat, namun siapakah yang dapat menandingi perancangan tuhan?,kita tinggalkan dahulu kisah yang remeh temeh ini.Pokoknya coretan ku ini berkenaan apa yang aku lakukan selepas bergelar mantan muslim voice.Anda nak tahu?teruskan bacaan anda.



Kini masa yang terluang ini aku penuhi dengan berbakti kepada kedua ibubapaku dan aku berniaga secara kecil-kecilan.Mungkin ada yang tertanya-tanya,kenapa aku tidak menyambungkan pelajaran lagi?sebenarnya aku terpaksa mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kolej untuk menyambungkan pelajaran di semester yang akan datang.Kini aku sedang mengintai setiap peluang yang ada dalam bidang nyanyian ini,alhamdullilah buat masa ini aku berpeluang untuk membantu cicik akademi nasyid menjadi manager(kononnya),membantu cicik untuk promote didalam internet untuk jemputan show cicik jadi kalau ada sape2 yang nak jemput show,bolehla bgtau aku yer.Terima kasih cicik diatas peluang ini,disamping itu juga aku ada buat recording sendiri(guna laptop aje).hehe


12 november 2008(3:54pm),motorolla v3x aku berdering.Terkejut juga sebab yang menelefon aku itu adalah fath(voice of men) mungkin ada khabar gembira.Alhamdullilah apa yang aku jangkakan memg tepat,fath megajak aku untuk membuat persembahan dan menjadi juri di sebuah ipts dalam shah alam,insyaAllah aku akan bersama fath(voice of men),alif(dvision).Bersyukur sangat-sangat kerana rintihan aku kepada sahabat di akademi nasyid mendapat perhatian.Terima kasih banyak-banyak fath(voice of men).Sampai disini sajalah dulu coretan aku buat masa ini,insyaAllah aku akan post cerita terbaru nanti yer.Terima kasih kerana sudi baca dan melawat blog ini yer.

~ kesibukan aku kadang2 mengabaikan yang memerlukan perhatian. Maafkan diri ini belum sempurna untuk menjadi yang terbaik.~

Tuesday, November 11, 2008

Alhamdullilah selesai akhirnya...

3 comments

Assalamualaikum..bersyukur kehadrat ilahi..akhirnya cita2ku untuk ada blog sendiri dah tercapai..terima kasih kepada sahabat yang membantu untuk menyiapkan blog ini..boleh jugaklah nak berdakwah kat sini..jadi untuk awal-awal nie ingat nak post artikel pasal wanita,terdetik pulak nak cerita keistimewaan mereka,takpekan..huhu..kelakarla pulak..ape2pn baca jela..sebelum terlupa,terima kasih sudi lawat blog yang tak seberapa nie,teruslah melawat lepas nie jika ada kelapangan..sebelum terlupa jugak gambar kat atas nie adalah gmbr ibuku dgn adik2 kesayanganku..Ingatlah orang tersayang..hihi

iStimeWa seOraNG waNiTa~~

"Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 lelaki soleh.

Seorang wanita yang jahat adalah lebih
buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

2 rakaat solat dari wanita yang hamil
adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan)
akan dapat satu pahala daripada tiap-
tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami
yang pulang ke rumah di dalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad.



Wanita yang habiskan malamnya dengan
tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat
pahala seperti membebaskan 20 orang
hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya
akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua
70,000 maalaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada
yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.

Wanita yang menguli tepung gandum
dengan "bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan
taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.
“Paras cantikmu menghiasi birunya langit
hijaunya lazuardi terhampar diwajah indahmu.
Tulus hatimu, suci tekadmu IBUNDA… sebutan dirimu.

Agung nan mulia pengabdian dirimu pada kemanusiaan
Anugrah surga ditelapak kakimu pada bakti ananda.
Tinggi budi pengertimu dalam sikap anggun yang kau perlihatkan.

Sebagai perempuan berharga diri, zamrud permata berharga
Berlian berkilau menawan hati bunda tak tersaingi kilaunya.
 

Copyright © 2011 Reserved to Zulhilmi Safain Design with love by CikBulat