Sunday, December 27, 2009

Erti Cinta : Ketika Cinta Bertasbih

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang menjadi untung
mengubah sedih jadi riang
mengubah setan menjadi nabi
mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat
mengubah bakhil menjadi dermawan
mengubah kandang menjadi taman
mengubah penjara menjadi istana
mengubah amarah menjadi ramah
mengubah musibah jadi hibbah


sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun dengan cinta ku datang
aku jadi malu pada keterangan ku sendiri
meskipun lidah ku telah mampu menghuraikan
namun tanpa lidah cinta ternyata lebih kental
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta
dalam menghuraikan cinta akal terbaring tidak terdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta
dan percintaannya

Sekadar Berkongsi ya!



iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Saturday, December 19, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431

0 comments



Assalamualaikum w.b.t



Tahun Baru..
Azam Baru..
Semangat!

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Sunday, December 13, 2009

Show@Raub : Muslim Voice (Reunited)

2 comments

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah syukur untuk semua pemberianNya.Lama jugak tak update blog bercerita nie jadi hari nie nak berceritalah sebab ada cerita yang best..yang pertamanya alhamdullilah di atas semua komen-komen lagu sebuah doa yang di kira lagu baru daku jugakla.walaupun ia hanya demo tapi dah dapat sambutan yang menggalakkan tapi apa yang penting moga kita dapat kutip mesej yang ingin disampaikan dalam lagu tu.insyaAllah.terima kasih banyak2 yer pada yang bagi kritikan dan pujian,semuanya daku terima dgn hati yang terbuka.

Seterusnya,cerita utama untuk update aku yang terbaru nie ialah mengenai persembahan yang aku jayakan pada 11/12/09 di Raub Pahang sempena Karnival Jualan Mega usahawan bumiputra tapi kali nie yang istimewanya aku bersama muslim voice.haha..memg dah lame sgt tak perform sekali,kebetulan diorg pun xde pe jadi ajakla dan mereka bersetuju,lagipun memg diorg rindu nak perform bersama aku..hehe..original MV la kiranya,kami hanya berlima tanpa alif azhari(ahli baru MV).Jadi sekarang aku nak cerita serba sedikit perjalanan sepanjang muslim voice ke raub tu.

kami bertolak pada hari jumaat(11/12/09) jam 10 pagi dgn menaiki kereta arif muslim voice dari rumah faisal muslim voice.Pada malam sebelum persembahan kami berkumpul dirumahnya untuk persediaan dan bincang2 sket utk persembahan pada esoknya.Kami sampai ke raub dalam jam 1ptg dan terus ke pejabat mara daerah raub untuk bertemu dengan pegawai mara daerah raub,rupa2nya pegawai yang jemput kami dan beliau buat penerangan mengenai persembahan dan terus ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat jumaat.Selepas itu,pada jam 2ptg kami bersiap2 dan terus ke tempat persembahan untuk sound check dan meninjau-ninjau keadaan disana.Pada pukul 3.30ptg kami mula sound check dan persembahan kami bermula selepas asar.

Alhamdullilah perjalanan persembahan berjalan dengan lancar cuma ada sket2la masalah dgn sound nie.Time sound check lain tapi perform lain plak.Tension jugakla sket tapi kami tetap teruskan dengan penuh senyuman.hehe..sewaktu persembahan ujian dari Allah telah menimpa aku sebab suaraku tiba2 rosak.tapi aku gagahkan jua dan aku tukar solo dengan ahli yang lain untuk part2 yang aku dah tak larat.Alhamdullilah ok..Kami persembahkan lebih kurang 6 buah lagu iaitu hanya pdMu(single terbaru),sebenarnya cinta(single terbaru),wahai teman(single 1 MV).Selain itu,Assolatuwasslam versi time di akademi nasyid,selawat murah rezki dan pelindung diri dan nur syahadah(far east).

Persembahan kami tamat pada jam 5.30ptg dan pulang pada jam 6ptg ke kuantan dan smpai lebih kurang 10malam kot..hehe..muslim voice hantar aku dan pulang ke rumah masing2..Untuk yang terakhirnya nak terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dan nak mintak maaf sebab takde gambar..takde cameraman time nie sedey jugakla tapi ade video persembahan kami,insyaAllah ada peluang daku akan upload erk.

InsyaAllah hujung bulan 12 nie ade persembahan yang agak grand di ulu yam dan aku akan perform dengan muslim voice jugak.Apa-apa nanti aku akan cerita di update yang akan datang yer.insyaAllah..Terima Kasih kerana mengunjung..=)

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim


Sunday, November 29, 2009

Sebuah Doa (Full demo)

2 comments
Assalamualaikum w.b.t

Sebuah Doa (Full Demo)
Nyanyian : Zulhilmi@Zul and the Messages
Lagu/lirik : Faiz Hamzah (Soulart studio)
Susunan Muzik : Faiz hamzah (Soulart Studio)
Studio rakaman : Neurotic Studio




iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Tuesday, November 3, 2009

Realiti TV : Dai Kecil vs Idola Kecil

3 comments
Assalamualaikum w.b.t

Aku sangat tertarik dengan realiti TV di indonesia sehinggakan aku rasa nak kongsikan pada posting kali ini.Sangat2 terkejut,malaysia melahirkan penyanyi2 cilik tetapi di indonesia melahirkan dai2 cilik,Realiti yang diberikan nama PIDACIL ini menggunakan konsep yang sama seperti realiti TV yang lain.Ada undian SMS,ada komen dari juri cuma yang membezakan mereka dengan idola kecil adalah mereka akan berceramah,berpidato dan sbgainya di khalayak ramai.Sangat2 teruja,kalaulah TV9 boleh terbitkan realiti TV seperti ini(daripada terbitkan realiti utk menjahanamkan generasi muda).Fikir2kanlah.Dibawah nie aku kongsikan link antara video rancangan PIDACIL@dai kecil ini(banyak lagi boleh tengok di youtube).Template blog aku nie tak boleh nak letak video,maaflah yer jadi bolehla tengok di youtube erk.

KLIK LINK


iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Monday, November 2, 2009

Final Exam

1 comments



Assalamualaikum w.b.t

Mohon untuk doakan daku
dalam Final Exam
Terima kasih
Nak kongsikan sebuah kisah
mungkin boleh dijadikan teladan
dan
peringatan


Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya
mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya... sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya 10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya...Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada disitu...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya... Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati................

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Monday, October 19, 2009

Harmonizing@hari raya show

1 comments
Assalamualaikum w.b.t...
Huh!setelah sekian lama tak update blog usang nie,akhirnya berpeluang jugak.Posting kali nie aku nak cerita tentang satu persembahan yang berlaku baru-baru nie aje..Sebenarnya banyak jugak persembahan sebelum nie tapi tak berpeluang nak post sebab takde gambar,time show aje terus takde kamera,kalau ada pun gambar yg diambil terlalu jauh dan belakang pentas,gambar2 tu boleh tengok di facebook aku.Antara show nya,show promo album nasyeed underground di KUIN kedah,show sambutan kemerdekaan dan ada lagi show-show jalanan...haha..show kali nie aku tak kesseorangan tapi bersama teman-teman kuliah aku,lagipun dah lame tak berhamonizing nie jadi dpt jugak tunaikan hasrat nie.Show nie berlangsung di Masjid sultanah bahiyyah alor star kedah,pengunjungnya sangatla ramai.ape-ape pun aku enjoy dgn show nie.Kat bawah nie aku ada post kan gambar2 sepanjang show tu berjalan dan terima kasih pd semua yang berkerjasama utk menjayakan majlis ini..hehe..Utk perkembangan terbaru jugak,i.Allah jika di izinkan aku akan join Album Nasyeed Underground Vol.2..Doa-doakan yer supaya ia berlaku...hehe...=)





On da way nak ke show



harmonizing time!


Lepas show,dahaga!

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Sunday, October 11, 2009

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran...masyaAllah.

1 comments

Bismillah
Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad
Salamun 'alaikum

Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran! demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (QS. Al Israa' ayat 58): ? Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Monday, August 24, 2009

ALBUM NASYEED UNDERGROUND KINI MULA DIJUAL !

0 comments



Assalamu'alaikum,Salam ramadhan..Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti, akhirnya ALBUM KOLEKSI NASYID INDIE VOL. 1 - NASYEED UNDERGROUND kini telah mula dijual. Harga pasaran ialah RM 25.90 dan terdapat di kedai2 terpilih sahaja (seperti toko2 yng menjual kitab2 agama, dan lain2). Juga boleh didapati secara terus melalui Neurotic Studio dengan harga RM 20 SAHAJA. Caranya mudah sahaja, sms NAMA, ALAMAT, NO TELEFON, DAN JUMLAH TEMPAHAN ke 017 7222 612 dan tunggu sehingga tempahan anda dimaklumterima.Juga album Nasyeed Underground ini boleh didapati secara terus melalui pengedar2 kami yang SAH seperti yg terdapat di dalam senarai di bawah. Harga yang diberikan oleh setiap pengedar adalah berbeza2, dan yang pasti kesemuanya kurang dari RM 22. Jadi pastikan anda bijak membeli bagi mendapatkan nilai hrga terendah. ;)

KL & SELANGOR

1) Neurotic StudioE-mail : admin@neuroticstudio.comSMS : 017 7222 6122)

Mohd Faizal Mohamad (JUGA WAKIL PENGEDAR BAGI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, UIAM)SMS/Call : 013 924 11343)

Mokhtar (JUGA WAKIL PENGEDAR BAGI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, UIAM)SMS/Call : 013 250 6357

JOHOR

1) Neurotic StudioE-mail : admin@neuroticstudio.comSMS : 017 7222 612


KEDAH /PAHANG

1) Zulhilmi (JUGA WAKIL PENGEDAR BAGI KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, KUIN)SMS/Call : 012 984 6352

KELANTAN

1) Syahman (JUGA WAKIL PENGEDAR BAGI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, UIAM)SMS/Call : 012 929 2250

TERENGGANU

1) Mohd Badruddin (JUGA WAKIL PENGEDAR BAGI MAKTAB PERGURUAN KUALA TERENGGANU)SMS/Call : 017 923 0825

SABAH & SARAWAK

1) Mohd Hasbi (JUGA WAKIL PENGEDAR BAGI UNIVERSITI MALAYA, UM)SMS/Call : 013 204 2659

Saturday, July 25, 2009

"PREVIEW LAGU-LAGU ALBUM NASYEED UNDERGROUND"

0 comments

PREVIEW NASYEED UNDERGROUND.mp3 - NASYID INDEPENDENT

Friday, July 3, 2009

Promo Nasyeed Underground

0 comments

Wednesday, June 24, 2009

Sampai syurga versi "suka hati"

3 comments
Assalamualaikum ku mulakan bicara..

hehe..busy betul..susah betul aku nie nak update blog..biasalah berkerjaya katakan..Alhamdullilah dah nak masuk sebulan aku di wisma celcom nie..dah ramai aku kenal orang n dah ramai orang kenal aku..kat sini semuanya perkerja2 profesional..biasalah nak uruskan syarikat telefon,bukan senang..hujung bulan nie berakhirlah kerja aku di sini..biasalah..semester baru dah nak bermula jadi kene buat persediaan semester baru yang akan bermula pada 5/7 nie..Ha!!xlame lagi album nasyeed underground akan release..tapi pada bulan 7 pulak sebab penasyid dah bertambah..sudah jadi makin hebat..kalau nak tau berita lanjut layarilah blog nasyeed underground yer..rezeki sekarang nie dah semakin murah..alhamdullilah..banyak peluang yang aku terima untuk kembangkan karier dan bakat aku dalam bidang nie..tapi..kalau aku dah masuk sem baru kene tinggal kejapla karier tu..kene belajar rajin2..poyo je kan..xpelah..sebenarnya aku teringin sangat nak cerita pasal show yang aku persembahkan di kelantan bersama bro halim(devotees) dan bro faiz(Misk)..tapi xsempat lagi sbb banyak ceritanya..dari perjalanan bro halim n rakan2 ke kuantan untuk jemput aku..hehe...sehinggalah ke kelantan dan balik semula ke k.l..ape2pun terima kasih byk2 pada bro halim n rakan2,tidak dilupakan ucapan selamat pengantin baru kepada bro faizal n isteri..aku wat show time kahwin diorgla..sempoi je..kebetulan dah lame xmenyanyi..memg puas hati..nanti aku akan posting gmbr2 time aku kat sane..huhu..jadi untuk posting kali nie aku nak posting video yang aku rakamkan bersama bebudak muslim voice iaitu faisal,alip..kami bertiga aje..tgkla video nie..lagu sampai syurga versi suka hati..boring sebenarnye time tu jadi kami pn mengarutla..byk lagi video nak buat..dalam mase terdekat nie..selamat menonton..enjoy ya...



Tuesday, June 9, 2009

Aku dan Celcom

1 comments
Assalamualaikum ku mulakan bicara..

Huh!dalam busy dapat jugak update blog(busy la konon)..hehe..esok aku mula kerja bg memenuhi cuti semester yang masih tinggal jadi dptla isi mase kosong disamping kumpul duit dan juga cari pengalaman..mcm2 juga..petang tadi(9/6) aku interview,saje je nak buat syarat sebab dah cnfirm dapat..esok(10/6) aku mula bertugas di verification unit wisma celcom negeri pahang..macam best je kan..kerja aku adalah mengesahkan serta menyetelkan borang2 pendaftaran prabayar celcom bagi youth dan U pax..jadi siapa yang beli sim kad baru celcom..aku la orangnya yang akan mengesahkan borang tu..bukan aku je,ade lagi la pekerja..kerja mengadap komputer,memang favourite tu..sehari mesti setelkan 240 borang..banyak tu..kalau boleh siapkan banyak lagi bagus..insyaAllah boleh..tadi pun aku dah cuba buat,xdela susah sangat..yang penting fokus..kalau silap abisla..huhu..Doakan daku..wassalam..da....

Saturday, June 6, 2009

Tension..tamparan yang hebat..

2 comments
Assalamualaikum ku mulakan bicara..

Ramai dah yang tahu kan..xlame lagi akan terbitnya album nasyeed underground..aku salah seorang penasyid dalam album tapi aku tertekan dan tak gembira..macam2 tamparan yang aku terima termasuklah aku sendiri yang masih belum puas hati mengenai nyanyian aku..haha..apa aku nak buat..aku memang masih xbgus dalam nyanyian tapi aku dah recording dan terpaksalah terima semuanya..tolong aku..aku dah cuba buat yang terbaik..itu je yang mampu..apa lagi erk..arghh..tension..mungkin salah aku sendiri..tergesa-gesa..sedangkan tak layak pun lagi..macam2lah..takpelah..

hanya luahan hati.......

Thursday, May 28, 2009

"Hari-hari yang terus berlalu"

1 comments


Assalamualaikum ku mulakan bicara..

huhu..lamenye xupdate blog..sory yer pada sape yg menunggu..ade ke org nak tggu..baru je pulang dari kedah nie..jadi sekarang nie dah boleh cuti sepenuhnya..rehatkan suara..

Sepanjang bulan 5 nie banyak aktiviti..terutamanya pertandingan nasyid..Festival nasyid selatan di UITM johor dan Karnival Amal Islami(IPTIM)..kat festival nasyid selatan tak menang cuma dapat masuk final je..punyela banyak IPT..16 IPT yg join pertandingan nie..yg bestnye ketua hakim respek kolej aku sbbnye buat dinamik dan vokal harmoni yang agak baik..Di karnival Amal Islami pulak kolej aku menjadi johan..alhamdullilah..lebih kurang 8 IPT islam yang join pertandingan nie..memang mantap sket di karnival nie sbb ade acapella..tau2 jela kan..genre aku tu..hihi..

Tak dilupakan sebelum berlansungnya dua pertandingan nie,aku ke kuala lumpur dulu untuk recording lagu baru di neurotic studio..aku join album nasyid indie yang akan keluar xlame lagi..jadi pakat-pakat la beli yer..berita lanjut boleh layari : http://nasyidindie.blogspot.com/ ...

nantikan update terbaru yer..wassalam...

Thursday, May 14, 2009

Berdebar-debar..menanti esok..

0 comments
Assalamualaikum ku mulakan bicara..

Huh!!letih betul..siang berganti malam dan malam berganti siang..practice..practice...bile la nak pertandingan nie?haha...macam-macam nak kene practice tapi masih banyak part yang belum aku puas hati..agaknya memang biasa practice ngan muslim voice dari group kolej nie..hik3...

Malam nie tepat pukul 12 tgh malam aku akan bertolak ke kuala lumpur sebab besok akan bermula proses recording dan photoshot untuk album nasyid indie..tapi kan..aku tak tau nak dress ape untuk photoshot..lainla kalau ade wardrobe macam kat akademi dulu..kan best..kan...hahaha...sehari aku di k.l esok(15/5) dan terus balik umah di kuantan dan 17 aribulan ke johor pulak untuk pertandingan di UITM segamat jadi jumpe budak-budak nasyid kolej kat sane jela..habis pertandingan johor terus balik ke kedah semula untuk pertandingan nasyid antara IPT islam di kolej aku..letih..malas..sume ade sbb tak dapat duk kat umah pun lagi..tu yang sedey 2..org cuti tapi aku tak cuti..jadi cuti pada bulan 6 yang berbaki sebulan lagi aku takkan ke mane2..nak duk umah je...alhamdullilah boleh setelkan recording tu awal dan tunggu jela untuk release album nasyid indie tu..nantikan..

Hmm....tu je kot..harap kawan2 yang sape2 yang mengenali boleh doakan aku(terutama untuk proses recording nanti)..doakan kejayaan daku dunia akhirat dan kejayaan umat islam seluruhnya...amin...

wassalam..


Friday, May 1, 2009

"Single song in progress(Vol 4)"

0 comments
Assalamualaikum ku mulakan bicara..
Alhamdullilah diberi peluang juga untuk update blog..banyak cite nie jadi kene cite terusla..
Sekarang nie busy dengan latihan untuk pertandingan nasyid..kene jadi wakil kolej..dua pertandingan pulak tu..satu di johor dan satu lagi die kolej sendiri(jadi tuan rumah)..letih jgkla..korban jela..
Disebabkan pertandingan nie tergendala la untuk proses menyiapkan single..alhamdullilah sekarang nie dah ade 3 lagu..Lagu pertama yg dicipta oleh halim devotees dah siap sepenuhnya termasukla music arragement cuma belum vocal recording aje lg..lagu kedua yang aku update lepas dan lagu ketiga kira rezeki yang tak disangka-sangkala sebab lagu akan diberikan oleh bro-bro dari kumpulan infinatez..sape yg xkenal..rezeki..alhamdullilah..sumenye atas doa sahabat-sahabat sekalian..
Lagu pertama aku nie tajuknya die TEMAN..lirik die best..music arragement pun best..tak sabar nak recording..penuh dengan makna untuk sahabat-sahabat sekalian..lagu kedua pulak yg bertajuk HANYA SEMENTARA menceritakan tentang manusia yg penuh dgn masalah terutama dalam hal dunia jadi datangla seseorang memberi nasihat supaya bersabar kerna hanya sementara di dunia,akhirat kekal abdi..bestla lagu nie..nantikan..lagu ketiga pulak tak tau lagi sebab kene pergi k.l untuk jumpe dengan infinatez..harap-harap boleh dapat lagu yang lagi baik..huh..
Okla.sampai situ je kot..Moga kita sentiasa berada di jalan yang lurus mencari redha yang Maha Esa..Terima kasih sudi baca....
wassalam..

Wednesday, April 22, 2009

"Single song in progress(vol 3)"

1 comments
Assalamualaikum ku mulakan bicara..

cuti semester dah mula..hihi..barulah tenang tapi kerja tetap diteruskan iaitu menyiapkan lagu-lagu..insyaAllah lagu yang di komposer kan oleh halim devotees akan siap pada minggu nie dan yang paling gembiranya,aku berjaya cipta lagu sendri(1st time) bersama alif azharie(muslim voice).

Lagu nie aku dapat inspirasi dan feel sendiri dalam keadaan tak sedar dan memang dah lame bermain difikiran.Aku berbincang ngan alif azharie untuk siapkan lagu nie,lagu nie ciptaan aku dan alif azharie,lirik pulak alif azharie yang buat..2 hari aku tak tido malam dan duduk di muslim voice entertainment untuk siapkan lagu nie,siang barulah tido..alhamdullilah pengorbanan tak sia-sia.Sekarang nie aku cuma dengar lagu nie secara akustik je..recording saje-saje..insyaAllah music arrangement akan disiapkan secepat mungkin..2nd song aku nie ada cerita yang sangat mendalam melalui liriknya yang bertajuk hanya sementara,insyaAllah posting akan datang aku akan cerita tentang 1st song dan 2nd song yer..

Malam nie nak kene balik kedah semula untuk pergi program seminar dan wakili kolej ke festival nasyid selatan,sebenarnya tak sempat nak join tapi ku relakan juga..huhu..Ape2pun doakan kejayaan daku yer..nantikan posting akan datang..Terima kasih kawan-kawan atas sokongan yang tak henti padaku..=)



Perbincangan susunan lagu dan lirik(azharie dan zul) dan aku yang tengah cari feel dan hafal lirik.

Monday, April 13, 2009

"Single song in progress(vol 1)"

0 comments

Assalamualaikum ku mulakan bicara..


Alhamdullilah semakin tenang sekarang nie..final exam dah nak habis,1 paper je lagi..letih..tension..semua ada..kene kerja keras sket lepas..datanglah semangat..doakan daku yer kawan-kawan..


Update terbaru tentang single song..selepas perbincangan dan perbincangan dengan komposer(abg halim devotees),bersetuju untuk ubah genre muzik kepada soul ballads nasyid..hihi..macam2..insyaAllah akan lebih ok..buat masa nie masih menunggu demo muzik dr abg halim..akan di produce oleh abg halim jgk..hopefully..nantikan cerita terbaru tentang single song nie yer..terima kasih kepada yang sudi baca blog nie..


Berjuang dan terus berjuang...Rindu kat family..tak sabar nak balik cuti..


wassalam..


Thursday, April 9, 2009

"Single song in progress"

0 comments
Assalamualaikum ku mulakan bicara..
Alhamdullilah ade jgk nak update blog nie..skng nie tengah final exam..insyaAllah 15/4 nie abisla..doakan daku dipermudahkan..terima kasih..
Alhamdullilah juga kerana akhirnya tercapai jugak cita-cita untuk buat lagu single pertama aku..untuk single pertama nie aku pilih genre RnB nasyid..kenela dengan jiwa aku dan lagu aku juga akan dicipta sepenuhnya oleh halim devotees..penantian aku tidak sia-sia..jumpa jugak peluang..hihi...tq bro..maybe kalau takde halangan akan di produce oleh bro salleh brothers(masih dlm perbincangan)..dah biasa kerja ngan bro salleh nie,insyaAllah xde masalah sgt..Ape-ape pun tunggula update terbaru dari ku yer..insyaAllah aku akan cite lagi..okla..doakan daku yer..Terima kasih..
wassalam..

Monday, April 6, 2009

Exam mood

2 comments
Exam dah mula..
Doakan daku yer..
Maaf jika ada salah silap dariku..
Terima kasih..

Wednesday, March 25, 2009

Sedihnya..Kenapa??

0 comments
Sedihnya..
Blog rosak...
Tak tau dah nak buat cmne..
Terpaksa jugak tukar template..
Tapi tetap tak puas hati..
Harap..
Ada yang sudi membantu..
Terima kasih...


Sunday, March 15, 2009

Mengadili dan Mempersembahkan..

0 comments

Tempat : Dalam bilik
Masa : Tengah siapkan assignment dan hafal..hihi..


Assalamualaikum ku mulakan bicara..

Huh!!akhirnya dapat jugak nak update..minta maaf kepada sesiapa yang setia menunggu dan terima kasih banyak-banyak..memang busy sangat-sangat dengan belajar sekarang nie,nak-nak dah dekat exam..tidur pun tak tentu masa..

Banyak perkara nak kongsi nie..cerita setakat yang mampu ajela..kalau nak tau banyak-banyak tanyelah yer..

Alhamdullilah sekarang rezeki mencurah-curah..Allah nak uji tu..yang paling terbaru aku di jemput mengadili dan mempersembahkan nasyid di Akademi pengajian Islam Universiti Malaya(APIUM) kota bharu kelantan pada 5/3..terima kasih banyak2 diatas penghargaan yang diberikan..sebenarnya APIUM ada buat karnival pendidik,kiranya macam hari terbuka la..jadi ada pertandingan nasyid dan aku dijemput untuk mengadili walaupun 1st time jadi hakim..kelakar jugak kalau fikir-fikir balik..banyak pengalaman..lebih kurang 9 peserta dari pelbagai IPT dan sekolah mengambil bahagian dan johan adalah tuan rumah jugak..memang gempakla diorang..pada sebelah malam pulak aku dijemput untuk buat persembahan sempena malam untukmu palestin..1st time secara solo..tak tau nak nyanyi lagu apa dan akhirnya aku memilih lagu sahabat aku di akademi nasyid iaitu lagu dusta berkalang dari aiman..terima kasih aiman sebab bagi aku minus,jadi bolehla wat show..tolong promote..hihi..terima kasih banyak-banyak..layanan pun best kat sana..penonton lagila best..respon yang agak baik jadi bertambah semangatla..banyak lagi sebenarnya nak cerita tentang jemputan di APIUM nie nak cerita tapi banyak sangat,tanyelah kalau nak tau..hihi..nanti aku akan upload gambar dan video persembahan disana yer..tunggu APIUM bagi video tu..tak sabar nak tengok..

Lepas tu perkembangan terbaru lagi aku banyak menolong sekolah-sekolah di sekitar kedah untuk berkongsi ilmu tentang nasyid(bukan mengajar,kongsi-kongsi aje tau)..tu pun semua berdasarkan pengalaman..memang penat jugakla kadang tu..balik aje kuliah nak kene pergi sekolah untuk nasyid nie..masa kene susun betul-betulla..maklumla sekarang nie dah nak dekat pertandingan nasyid peringkat zon..sekolah menengah ada dan yang terbaru sekolah rendah pulak..insyaAllah kene cuba yang terbaik..nie ajela cara nak kumpul duit sendiri,tak nak susahkan makayah sangat..ade rezeki,adela..terima kasih sahabat-sahabat yang sudi perkenalkan aku di kedah..terharu..banyak orang sudi tolong..insyaAllah awal bulan 5 nie aku akan mula dapatkan lagu dan kalau ada rezeki terus akan buat rakaman..nak buat konsep ape yer??...tolong-tolong...


Apa lagi yer..tu aje kot..buat masa nie..banyak sangat cerita..cerita yang mana penting ajela..belajar sekarang nie alhamdullilah cume nak kene habiskan muqarrar al-quran aje sekarang nie..tak abis lagi..Doakan daku supaya terus kuat dan semangat..doakan juga kejayaan daku di dunia akhirat..tak di dilupakan doakan untuk umat Islam seluruh dunia..Ok..nak sambung kerja pulak..tak taula tido ke tak malam nie..


Voice..Hafal..Tired...Rest??


Wassalam....=)

Saturday, February 14, 2009

Dua persembahan..dua cabaran..

0 comments
Masa: Baru lepas basuh dan jemur baju..hihi..
tempat: Dalam asama sorang2,yg lain pergi muzium padi..(Xpegi sbb xamik b.i)

Assalamualaikum ku mulakan bicara..

huh!leganya selepas meneguk air soya,nak-nak waktu panas cmni..akhirnya selesai jugak basuh baju,banyak betul baju,beselah basuh seminggu skali jadi berlonggok baju,waktu cuti ajela free untuk selesaikan tugas2 nie..haha..cerita psl basuh baju plak,kali nie bukan nak cite psl nie tapi nak cite tentang persembahan yg pertama kali aku buat di kolej aku dan ia amat meletihkan serta penuh dgn dugaan..huhu..teruskan bacaan...

Persembahan yg aku buat nie adalah pd hari khamis lepas(12/2),persediaan persembahan tak berapa rapi sangat,nak-nak kumpulan yg aku buat nie belum serius dan diorang pun byk lagi yg nak kene blajar jadi aku kongsi ajelah apa yg aku ada..hihi..persembahan nie sempena anugerah kecemerlangan/dekan untuk semester yg lepas,aku terlepas untuk dapatkan anugerah nie sbbnye aku tangguh sem 1 dulu...padan muka..lupekan..majlis bermula pd pukul 3 jadi pukul 12 tghari dah kelam kabut sebab belum sound check lagi,berapa kali aku bgtau pd ahli kumpulan untuk buat sound check tp diorg buat mcm bese aje,agaknye diorg rasa latihan dah ok,kalau ikt pengalaman kalu xde sound check msti berselerak atas pentas nak-nak kalu bawak lagu minus one..betul x..dapat jugakla sound check tapi dah terlewat ats sbb pengurusan yg kurang memuaskan,cume dapat sound check lagu acapella aje tapi minus xdpt jadi aku dah rasa xsdap hati je..majlis dimulakan dengan bacaan taranum oleh sahabatku,seterusnya ucapan pengarah program,dekan kuliyyah al-quran dan akhirnye dato rektor kolej universiti insaniah..anugerah mula disampaikan kepada pelajar-pelajar yg berjaya,aku pn dah mula berdebar sebab dah lame xnaik pentas buat persembahan..hihi..istighfar adalah penenang..waktu yg ditunggu2 telah tiba,kami dijemput,persembahan di mulakan dgn intro dan gimik sbbnye sorang-sorang keluar dr belakang pentas sambil menyanyi dgn rangkap yg telah aku berikan,bukan ape cume nak bg diorg beranikan diri..alhamdullilah berjalan lancar tapi selepas itu apa yg aku fikirkan telah terjadi,sewaktu ingin menyampaikan lagu minus one aje...tibe2...minus buat hal plak,kan aku dah agak,nie msti sebab xsound check lagu minus,jadi aku dgn tenangnye meminta maaf ats apa yg berlaku,alhamdullilah ok jgk,nyanyian diteruskan tapi masalah jgk sbb minus kuat pastu slow silih berganti..memg kelaka..lepas aje abis lagu minus diteruskan dgn lagu acapella yg diubah dr sebuah band dr indonesia..turun aje pentas setiap seorang muka pucat..haha..tau pun aku ckp kat diorg,len kali sound check awal2 tapi aku xsalahkan diorg sbb pengurusan yg lambat sebenarnya,xpe boleh baiki lg..diorg ckp xpe persembahan pertama jadi aku anggpla pengalaman untuk kami..satu perkara yg pelik ramai betul org ckp sedap,xtaula bahagian mana yg sedap,bagi aku xpuas hati jugak..geram2...=)

Selepas selesai makan,aku bersama yg lain balik pd pukul 5 untuk bersiapan persembahan pd waktu malam pulak di kuartes kakitangn kerajaan,kire pensyarah dan guru-gurula ramai..dijemput oleh pensyarah aku di kolej..selepas maghrib aje terus pergi,rehat pun xlg..letih betul..selesai sahaja solat isya disana majlis diteruskan,majlis nie adalah majlis kebudayaan yg diadakan disitu..dimulakan dengan bacaan al-quran,seterusnya persembahan kami diselangi dengan nyanyian burdah oleh ustaz aku..alhamdullilah persembahan mlm nie xde mslh sgt cume mic aje xcukup..overall okla..bawak pulak 5 lagu..alhamdullilah masih diberi kekuatan..persembaham berakhir pd jam 11 mlm..pergi makan jap dan terus balik tidur...lena betul....

Alhamdullilah...terima kasih sudi baca..nanti aku update lagi sbb aku dapat projek baru pulak nie...rezekila katakan..teruskan melayari blog ku yg usang ini erk....doakan daku yer...

wassalam...

Sunday, February 8, 2009

Rezeki..Terima kasih yer...

0 comments

Masa: waktu kelas b.i,aku sorang je tak pegi sbb dah lulus pekse..haha


Tempat: Dalam asama le...


Assalamualaikum ku mulakan bicara..


Alhamdullilah masih diberi peluang utk update blog nie..Pertamanya sekarang nie aku rasa gembira sangat walaupun kadang-kadang tu sedeyla jugak..Ape-ape pun hidup perlu diteruskan..haha..sekarang nie dah mula belajar seperti biasa tapi sekarang dah makin lain sbbnye peraturan dah makin ketat disini,semuanya disebabkan pelajar jugak yg selalu mengingkari arahan disini jadi kene terima ajela..


Alhamdullilah jugak sebab sekrang nie dah mula ade jemputan persembahan nasyid jadi masih berpeluang untuk aku teruskan nyanyian ku ini..takkan nak buang hobi kot..hik3..banyak sangat org nak bantu aku lepas saja aku bergelar mantan muslim voice nie..ade yg suruh wat solo,ade yg suruh buat single sendiri..tapi tu la,zaman sekarang nie semuanya perlukan duit kan..ade tolong buat lagu,nak tolong buat lirik,smpaikan penulik lirik terkenal pn nak tolong aku..rezeki betul tapi tak taula lagi cmne,aku pn skng nie busy ngn blaja..kenela pndai nak bagi masa..tak pun aku siapkan semua tu waktu cuti semester nanti..betul x..mungkin kalau ade sape-sape disana@disini yang baca blog aku,kalu ade yg nak tolong pn boleh..memang perlukan pertolongn org pun..sumbangan ke..idea ke..tenaga pn bleh..ape-ape pun boleh..dengan itu aku dapat siapkan lagu-lagu aku..hihi..nanti kalian bolehla dengar ramai-ramai...kelaka la plak..


okla..smpai situ aje kot..nak rehat dulu..petang2 nanti nak mula menghafal balik..tau-tau jelakan...doakan daku yer kalian..terima kasih...InsyaAllah,aku akan update lagi secepat mungkin kalau ade cite atau berita yg best untuk dikongsi k..



Friday, February 6, 2009

Berjuang kembali tapi.....

0 comments

Tempat: Stesen bas shahab perdana alor alor star..

Masa: Subuh(baru sampai)

Bismillah ku mulakan bicara..

Sejuknye...kata-kata apabila keluar saja dari pintu bas dan terus naik ke tingkat atas stesen untuk menuju kat surau dan sambil-sambil menunggu waktu subuh,aku gunekan peluang ini untuk menaip dulu..hihi..

Alhamdullilah sekarang nie aku akan bermula kembali dengan azam baru selepas cuti walaupun hanya seminggu bercuti untuk belajar n mengahafal rajin-rajin sebab sebelum nie malas sikit..semalam,sewaktu ayahku menghantar ke stesen bas di kuantan,kata-kata yang ayahku akan ungkapkan untuk anak-anak setiap kali nak pergi belajar.."Belajarla sungguh-sungguh dan niat betul-betul ikhlas kerana Allah,Ayah takde harta yang nak ditinggalkan kepada kamu"..syahdu seketika mendengar kata-kata yg lembut dituturkan oleh ayah itu..

Seminggu bercuti banyak sangat cerita dan aku nak kongsi sebuah cerita tentang pengalaman cinta manusia yang disia-siakan.Kalau pembaca blog ini nak tau apa kisahnya,teruslah melayari alam blog ku yg usang ini..

oklah..dah azan subuh tu..aku berhenti disini dulu..Tunaikan kewajipan..Doakan kejayaan daku sepanjang aku berada disini supaya aku terus teguh melayari bahtera ini..

wasalam...

Monday, February 2, 2009

Cuti pertengahan semester...

0 comments

Jam: 11:25 a.m(Waktu malaysia)

Tempat: Dalam bilik sorang2..


Assalamualaikum ku mulakan bicara..


Hm..lamenye xcite2 dlm blog nie,terasa mcm usang pulak.Jadi jangan biarkan menjadi usang,betul tak?..Sekarang nie tengah cuti pertengahan semester jadi cuti seminggu ajela.Tak tau nak buat ape,kawan-kawan pulak semua ade di kampus masing2,dah abis cuti,kampus aku aje cuti lewat sket.Kalau nak mengulang hafalan pun slalunye lepas solat fardhu.Begitulah hari demi hari di waktu cuti.hihihi...Satu lagi yg tak boleh tinggal kenela tolong makayah,balik cuti sekali sekala jadi kenela berbakti sket.Takkan dah rilek aje kat umah,tak sampai hati jugak tengok makayah berpenat lelah.Besarnyelah jasa makayah pd kite,dari pagi smpai ptg,hari ini smpai esok,berpenat lelah untuk mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga tapi dari apa yang aku lihat,anak-anak tidak pernah sedar semua tu.Mungkin mereka rasa mudah untuk mendapatkan duit tapi dengan usaha sendiri,dengan hanya meminta dan kalau makayah tak bagi mereka akan bermasam muka.Sedihkan..Renungkanlah..


Sekarang banyak kematian yg berlaku,paling terbaru dalam hidupku adalah kematian ayah kpd akak angkat aku.Memang suatu yg amat menyedihkan,meninggal selepas maghrib pd 1/2,aku langsung tak sempat untuk mengenal ayah akak ku itu.Pd pagi 2/2 aku dtg ke rumahnye untuk melakukan solat jenazah,sekurang2nya aku dapat mendoakan allahyarham untuk kali terakhir.Semalam(1/2),akak ku teresak2 menangis sewaktu memberitahu tentang kematian ayah nya itu,aku amat terkejut,sehingga naik ke kepala,seperti merasakan ayah ku yg meninggal itu.Mungkin aku sudah rasakan begitu,Alhamdullilah sebelum jam 12 td jenazah telah selamat dikebumikan.Ape2pun harap akak dan keluarga dapat bersabar dengan ketentuan ini,setiap yg hidup pasti akan mati jadi beringtla anak-anak,berbaktilah kepada makayah kali sebelum mereka pergi meninggalkan kite,janganlah kita menyesal di kemudian hari.


Hm..sampai sini aje kot cerita aku buat masa ini..insyaAllah ade mase aku akan update lagi..Jangan berduka jika hidup ini menyusahkan,pndanglah kehadapan kerana kita yg akan mencorakkan masa dpan itu..Hatiku yang terus berduka,gelisah menantikan dirimu..Hari demi hari aku terus bersabar menantikanmu..ku harap engkau akan kembali,tidak terfikir untuk melupakanmu..Mengertilah..aku akan setia menanti walaupun kau campakkan diriku dari dunia ini..aku akn terus berjuang....

Wednesday, January 21, 2009

Kalahkan yahudi dengan solat subuh berjemaah

0 comments

Bekas Pemimpin UMNO & Mantan PM Tun Dr. Mahathir Mohammad ajak kita boikot barangan Amerika...bolehkah kita tak makan kentucky fried chicken, McD, Pizza dan sebagainya. Mereka yang merokok terpaksa tinggalkan rokok.



Pemimpin Pemuda PAS pula,YB. Salehuddin Ayob ajak kita berdemo anti israel . & amerika.Pemimpin pemuda UMNO, YB. Dato Hishamuddin Tun Hussein juga ajak murid sekolah demonstarasi di KT.



Bagus juga kalau kita ikut serta Tetapi tahukah andaSetakat ini tidak ada pemimpin negara menyeru kita yang beragama Islam menunaikan solat subuh berjamaah melebihi jemaah solat fardu jumaat.Sekiranya ada satu mesjid didalam dunia ini yang boleh melaksanakannya barulah yahudi boleh kalah, kalau tidak jangan mimpilah.



Mengikut teori sebenarnya kita mampu buat sebab solat jumaat untuk kaum lelaki saja tetapi solat subuh boleh disertai kaum wanita(muslimat). Dengan itu bilangan jemaah tentu lebih ramai.



Kalau kita boleh buat yang ni barulah yahudi boleh kalah...kita pun dapat banyak pahala sebab solat subuh berjamaah..! Umpama beribadat sepanjang malam. Betul tak?



Akan menjadi sunahtullah bahawa peperangan yang terakhir didunia ini adalah peperangan antara Islam dan yahudi, dimana kemenangan untuk umat Islam membunuhOrang yahudi. Sehinggakan diriwayatkan rimbunan pokok-pokok dan batu-batu akan berkata kepada orang orang Islam bahawa disini ada yahudi bersembunyi.



Umat yahudi memang mengetahui perkara ini. Bayangkanlah mereka mengenali Rasulakhir zaman (Muhammad SAW.) dan AlQuran seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Tetapi telah menjadi sunahtullah juga bahawa mereka golongan yang ingkar. Nabi-nabi pun mereka bunuh inikan pula orang Palestin.



Oleh yang demikian kita tunggu mana-mana pemimpin negara khususnya, pemimpin UMNO, PAS atau PKR yang terbuka hati menganjurkan solat subuh berjemaah ini eloklah kita turut serta. Seharusnya kita solat dulu barulah memboikot barangan yahudi & amerika, berhenti merokok dan berdemonstrasi jalanan..




"Peringatan untuk diriku dan pembaca sekalian"


Friday, January 16, 2009

Doa Qunut Nazilah untuk palestin!!

0 comments





DOA QUNUT NAZILAH


Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.





Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.





Dari Abu Hurairah RA :"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).
Doa Qunut Nazilah dibaca setiap sholat fardhu jahriyah (mahdzab Hanafi), sedangkan selain madzhab Hanafi, Doa Qunut Nazilah dibaca setiap kali sholat fardhu.





Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah seperti di Palestin .





Inilah Doa Qunut Nazilah (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) :
Alloohummaghfir lilmu'miniina wal mu'minaatWal muslimiina wal muslimaatWa allif baina quluubihimWa ashlih dzaata bainahumWanshur 'Alaa 'Aduwwika wa'aduwwihim
Allohummal'in kafarota ahlil kitaabil ladziinaYukadzibuuna rusulaka wayuqottiluuna auliyaa akaAlloohumma khollif baina kalimaatihimWazalzil AqdaamahumWa anzilbihim ba'sakalladzii layuroddu 'anilqaumil mujrimiin
BismillaahirrahmaanirrahiimAllohumma innaanasta'iinuka





Ertinya:
"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin,Perbaikilah keadaan mereka,Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka
Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka,Hancur leburkan kekuatan mereka,Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"





Allahuakbar!!

Thursday, January 1, 2009

Tahun baru sudah bermula!

0 comments

Jam:2:25 petang

tempat:Dalam asrama(baru balik dari kuliyyah)

Assalamualaikum daku mulakan..


wa!!lamenye tak update blog nie..rindu betul..internet pun dah lame tak bukak,mesti ramai yang rindu nak baca blog aku nie kan.Ape-ape pun minta maaf banyak2 yer.Skng nie barulah ade peluang..


Nak cakap pasal ape yer..huhu..banyak betul cerita sebenarnye,tak tau nak cerita yang mana dulu.Sekarang nie dah masuk tahun baru 2009,kirenye dah setengah bulan aku berada disini,banyak betul bende-bende baru,cerita-cerita baru dan yang paling best aku dapat hafal al-quran n dapat kawan baru.Macam-macam gelagat ade kat sini,memang best sangatlah.Duk kat sini jarangla jugak aku dapat enjoy,kalu time takde kelas selalunye aku akan habiskan masa untuk menghafal dan mengulang quran pastu tido..haha..tau-tau ajela,aku sorang aje budak baru dalam semester nie untuk tahfiz,diorang semua dah juz 6,aku baru aje nak mula dari juz 1.Biasalah,1 sem kene habiskan 5 juz.Alhamdullilah aku dapat hafal laju sket,sket ajela.


Kat sini tempat tidur aku adalah masjid,itulah asrama kedua aku..hihi..kalau tido kat masjid senang nak hafal,pastu boleh solat subuh jemaah.Kalu kat asrama beratla sket..haha..Aku ingtkan kalau duk kat kedah nie,takde orang kenal,rupe-rupenye ade jugak tapi selalu kene perli,artis la kononnye..haha..itulah perangai budak-budak kuin nie.Sekarang nie pun dah mule bergiat dalam nasyid di kolej nie,tolong-tolong macam tu aje,sampaikan ilmu-ilmu yang dapat di akademi nasyid.Tak habis-habis pelajar-pelajar sini suruh buat show,dahla sorang-sorang.Tak biasalah jadi ade jugakla buat group dengan budak-budak kuliyyah al-quran sem 2 nie.Semangat betul diorang,diorang dah cakap dah lame nak buat group nasyid untuk tahfiz cume tak tahu nak buat cmne jadi kehadiranku dinantikan..haha..perasanlah tu..


Apa lagi nak cakap yer,cmnilah senang kalu pembaca blog aku nie nak tau perkembangan aku,korang tanyelah yer nanti aku akan update melalui blog nie,tak tau nak cakap ape dah.bolehkan?..hihi...


Doakan daku berjaya dengan cemerlang didunia dan diakhirat dan dapat menjadi seorang Al-hafiz Al-Quran.Tu aje kot..Terima kasih diatas sokongan semua..Moga tahun nie lebih baik dari tahun yang sudah berlalu,tanamkan azam....






 

Copyright © 2011 Reserved to Zulhilmi Safain Design with love by CikBulat