Thursday, March 25, 2010

Perkembangan Album Zulhilmi (Charity Album)

3 comments

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini saya ingin menceritakan sedikit perkembangan projek ini yang mana untuk pengetahui rakan-rakan, buat masa ini album ini dinamakan sebagai "Zulhilmi & The Messages" dengan tema "Charity Album For Ma'ahad Tahfiz Al-Irsyad".

Zul sebagai owner dan artis The Messages Entertaiment telah berjaya mengumpulkan komposer-komposer yang hebat bagi menghasilkan album ini seperti Akmal Mirwana, Halim Devotees, Adi Saujana, dan penampilan istimewa dari sebarang tanah air, Taqien Fatih dari Indonesia. Alhamdulillah, buat masa ini dua lagu telah berjaya direcord iaitu lagu ciptaan Akmal Mirwana dan Adi Saujana. Dua lagu ini telah dinyanyikan oleh Zul dan Ikram Mirwana untuk lagu ciptaan Akmal Mirwana yang bertajuk 'Jejakmu' dan lagu ciptaan Adi Saujana yang bertajuk 'Dengarlah Wahai Anak' telah dinyanyikan juga secara duet antara Zul, Saujana dan Farhan.

Untuk dua buah lagu ini cuma tinggal untuk dimixingkan sahaja. Lagu paling terbaru yang sedang direcord adalah lagu yang bakal dinyanyikan oleh Zul yang akan juga berduet bersama Muslim Voice dan Mirwana yang bertajuk 'Gumbira' (tajuk untuk sementara waktu) dan akan dinyanyikan secara Accapella. Lagu ini juga adalah ciptaan Akmal Mirwana dan akan dikompos oleh beliau juga.

Album ini juga telah berjaya menarik perhatian artis nasyid dari Indonesia iaitu Taqien Fatih bersama produksinya untuk membantu membuat muzik arrangement secara orkestra untuk dua buah lagu yang akan dinyanyikan oleh Zul. Beliau juga telah menyumbangkan satu buah lagu untuk album ini yang akan dinyanyikan oleh beliau bersama Zul & The Messages.

Buat masa ini perjalanan penghasilan bergerak sedikit perlahan akibat masalah kewangan. Pihak kami kini sedang sedaya upaya mencari penyumbang atau penaja bagi menjayakan projek album ini.

Kepada rakan-rakan yang sudi menyumbang, pihak kami tidak mengambil kisah dengan jumlah wang yang ingin disumbangkan. Kepada rakan-rakan yang tertarik untuk menaja album ini, amatlah dialu-alukan tajaan ikhlas tersebut kerana pihak kami tidak mampu untuk memberi pulangan kembali kerana pihak kami akan menyalurkan 100% keuntungan kepada pihak Ma'ahad Tahfiz Al-Irsyad. Semoga pulangan yang akan diperolehi disisi Allah lebih mahal dari seluruh isi dunia.

Kepada yang sudi bolehlah menyumbang wang anda dengan apa cara sekalipun. Jika ingin menyalurkan ke akaun bank, rakan-rakan bolehlah memasukkannya di akaun Bank Islam Malaysia Berhad, 06019020463808 atas nama Muhammad Zulhilmi Bin Mohd Safain atau kiriman pos di alamat;

4/9217 Kampung Kurnia,
Batu 3 1/2, Jalan Gambang,
25150 Kuantan,
Pahang Darul Makmur


Semoga bantuan anda mendapat ganjaran disisi Allah swt. Terima kasih.

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim
 

Copyright © 2011 Reserved to Zulhilmi Safain Design with love by CikBulat