Sunday, January 24, 2010

Al-Irsyad's project album bermula...

1 comments
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah syukur kehadrat ilahi..selawat dan salam atas junjungan besar nabi muhammad S.A.W..aku nak kongsikan satu berita gembira yang aku masih tak percaya dan aku sangat-sangat terharu dengan kepercayaan yang telah diberikan.

Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu mengenai projek album yang aku nak terbitkan untuk membantu menampung kos pembinaan maahad tahfiz di sekolah ku dahulu.alhamdullilah usaha demi usaha yang telah dilakukan iaitu dengan menyiapkan kertas kerja, perbincangan dan bantuan serta nasihat daripada abgku syazwan, abdullah ammar, bro halim (Devotees), faiz hamzah aku telah berjaya menarik perhatian sekolah untuk projek album ini.Terima kasih kepada insan-insan ini yang tidak jemu-jemu melayan kerenah aku.Disebabkan projek ini juga aku telah menubuhkan syarikat aku sendiri yang diberi nama The Messages Entertainment.Alhamdullilah..disini aku nak ceritakan sedikitlah mengenai sekolah dan dana yang diperlukan..

Ini adalah projek album bagi membantu kutipan dana pembangunan Ma'ahad Tahfiz Al-Irsyad yang masih memerlukan RM1.5 juta untuk pembinaan bangunannya.
Sebenarnya, Sekolah Islam Al-Irsyad telah membesarkan aku dan adik beradik dari darjah 1 sehinggalah tingkatan 5. Disitulah tempat aku bermain, bersuka ria, berkawan dan lain-lain. Walaupun aku bukanlah dari golongan pelajar yang dikenali dengan cerdik pandai suatu ketika dulu atas ketidak matangan aku tetapi aku selalu berharap boleh membantu sekolah tercinta ini.

Ini bukanlah projek mencari keuntungan untuk pihak daku tetapi suatu projek sumbangan secara komersial kepada sekolah tersebut kerana melalui penjualan album rangkaian kutipan dana lebih meluas dan secara tidak langsung memperkenalkan Al-Irsyad ke seluruh Malaysia melalui edaran album.

Ini adalah pengalaman aku yang pertama dalam suatu projek komersial yang sudah pastinya rangkaiannya lebih luas dari kaedah-kaedah kutipan dana sebelum ini. Ia juga cubaan pertama aku dalam menghasilkan album nasyid.

Alhamdullilah kesabaran aku menunggu respon yang baik dari sekolah tidak mensia-siakan, bukan sahaja diterima malah CEO sekolah ini sendiri yang akan mencari penyumbang bagi kos-kos menyiapkan album ini.ya Allah..memang gembira sangat mendengar berita ini.Selepas daripada menerima berita yang menggembirakan ini aku terus menelefon komposer-komposer yang aku kenal seperti bro halim devo, faiz hamzah, akmal mirwana dan adi saujana.Alhamdullilah respon yang baik daripada mereka dan bersetuju untuk menjadi komposer.InsyaAllah album ini akan dinyanyikan oleh aku sendiri dan aku akan menjemput artis-artis nasyid terkenal tanah air untuk featuring bersama aku.begitulah harapnya..

Daku amat mengalu-alukan penyumbang yang sudi menampung kos yang tidak memberi pulangan keuntungan kepada penyumbang atau penaja tetapi memberi keuntungan kepada Ma'ahad Tahfiz tersebut. Aku bukan sahaja memerlukan penyumbang bagi kewangan sahaja tetapi boleh juga melalui sumbangan idea-idea bagi penghasilan album ini dari segi membantu untuk penghasilan lagu, lirik, cadangan lagu dan lirik, studio rakaman, proses mixing dan mastering lagu, reka bentuk kulit album, promosi dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan album ini.

Insyaallah, aku akan cuba selalu mengemaskan kinikan mengenai perkembangan projek ini diblog ini. Semoga dengan usaha kecil ini ia membawa manfaat dan syafaat di akhirat kelak. Doakan aku dan sahabat-sahabat berjaya melaksanakan projek ini.

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim


Wednesday, January 20, 2010

Bumi Akhir Usia

0 comments
Assalamualaikum w.b.t


Album terbaru kumpulan Mirwana berjudul Bumi Akhir Usia kini sudah berada di pasaran. Anda boleh mendapatkan album ini di kedai-kedai atau beli secara online di DigiMusic.com.my (search mirwana). Malah anda juga boleh mendengar preview kesemua lagu di sana.Antara album paling perfect yang aku pernah dengar...hehe..tolong promo sebab daku peminat setia mirwana..dapatkan yang original!

Tracklist: 1. Muhammad S.A.W 'The Arrival' 2. Andaiku Pergi (Retro Version) 3. Bumi Akhir Usia 4. Jauh (Radio Edit) 5. Bukti Cinta feat Edry Demascus 6. Kembali PadaMu 7. Fana Pesona 8. Andaiku Pergi (Original Version) 9. Tika Masanya Featuring HUJAN 10. Cahaya Kekasih 11. Anugerah Istimewa 12. Jauh (Original Version) 13. Andaiku Pergi (Instrumental)

Mirwana Links - FB MIRWANA


iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Friday, January 15, 2010

"TERKULAI CINTA INTERNET"

0 comments
Assalamualaikum w.b.t


hari ini dalam sejarah. Terbaca aku dalam dada akhbar bertarikh 14 jan 2010. Berita metro harian sekali lagi memaparkan cerita sensasi yang enak untuk dikunyah oleh mulut-mulut orang yang menyukai isu-isu semasa yang sebegini rupa terutama oleh para remaja yang kian hari makin jauh dari tarbiyah Islam. Berita yang bertajuk TERKULAI CINTA INTERNET. Ia menceritakan kealpaan gadis-gadis malayu terutama yang beragama Islam , jatuh ke lembah maksiat disebabkan dinodai oleh lelaki-lelaki yang pandai bercerita dan mempamerkan kewarakannya.


"mereka pengguna laman sosial yang berbeza. Azie,21,menggunakan My space:Rozie,20,melanggan facebook manakala Wani,25 memilih Friendster. Bagaimanapun ,nasib mereka sama- ditinggal 'kekasih segera' yang dikenali melalui laman sembang selepas hamil akibat terlanjur".

Pertama kali aku membaca akhbar metro hari ini dengan tajuk yang sebegini rupa membuatkan aku terfikir untuk menulis sedikit untuk disebarkan dalam media yang tiada batasan ini.
Sungguh menghairankan apa yang terpapar dalam berita hari ini kerana ianya melibatkan pelajar-pelajar universiti yang dikatakan mempunyai fikiran yang luas(open minded) tapi masih lagi boleh ditipu oleh syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia ini. Sepatutnya isu ini tidaklah sepatutnya timbul sekiranya kita umat yang beragama Islam benar-bernar mengikuti ajaran yang dibawa oleh nabi kita Muhammad. Islam telah mengajar kita satu perkara yang sangat penting yang telah menaikkan martabat wanita yang dahulunya pada zaman jahiliyyah wanita ini dilayan seperti binatang. Apa yang Islam ajar sudah cukup untuk mencegah dari perkara ini berlaku. Disampaikan disini secara ringkas supaya mudah antara kita yang membaca artikel ini memahaminya :

1. MENUTUP AURAT : dalam surah an-nur ayat 31 menyatakan kepada wanita yang mukminah supaya menjaga pandanan mata dan kemaluan,serta menjaga auratnya yang meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan(pendapat ibnu Abbas).juga disebutkan dalam ayat tersebut supaya menjaga dan menutup aurat wanita mukminat itu kepada 2 golongan manusia iaitu lelaki ajnabi(yang boleh dikahwini) dan orang yang bukan islam . Diterangkan dalam ayat ini juga tentang golongan-golongan yang boleh dibuka auratnya pada mereka dengan batasan dari pusat hingga ke lutut(tetapi mengikut kebiasaan dan kesopanan bg menutup lubang kemaksiatan yang bakal berlaku). Mereka terdiri daripada 12 golongan iaitu suami, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak- anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak saudara sebelah saudara lelaki, anak saudara sebelah saudara perempuan, perempuan islam, hamba- hamba mereka, orang gaji lelaki yang tua yang tidak mempunyai keinginan kepada perempuan, kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Jika difikirkan secara logik akal yang Allah kurniakan kepada semua manusia terutama kepada pelajar-pelajar yang dikatakan cerdik ni(yang menuntut di universiti2) ,Allah telah membenarkan wanita mukminah ini bergaul dengan 12 golongan manusia dan melarang hanya 2 golongan manusia. Tapi mengapa masih ramai lagi muslimah kita ini mahu bergaul dan bermesra dangan 2 golongan ini?(fatwa yusuf qardhawi)
Melainkan sekiranya perkenalan itu benar2 mahu dibawa ke jinjang pelamin itu tidak menjadi halangan. Yang menjadi masalahnya muslimah ini sendiri mahu berkenalan untuk suka2 kononnya ingin melepaskan tension dan sebagainya. Bercahtting pula dengan nada mesej yang manja2.

2. KATA - KATA MANJA : Didalam surah al-ahzab ayat 32 :janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan lelaki asing kerana yang demikian akan menibulkan keinginan orang yang ade penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan yang buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata2 yang baik(sesuai dan sopan). Perkara ini juga bolah dikiaskan dengan ayat2 mesej yang manja2 yang boleh membangkitkan rasa keinginan kepada perkara yang keji dan kotor itu. TIDAKKAH KAMU BERFIKIR DENGAN KURNIAAN ALLAH KEPADA KAMU???...Allah telah menurunkan ayat2Nya untuk memberi pengajaran dan petunjuk kepada manusia..TAPI MENGAPA KITA SERINGKALI MELANGGAR BATASAN2 YANG YANG TELAH DIBUAT OLEHNYA????..

3. Satu lagi yang juga sering berlaku dan menjadi penyebab berlakunya kejadian seperti dalam berita ini adalah sifat wanita tu sendiri yang suka menonjolkan kecantikannya kepada orang lain.
dengan meletak gambar2 dalam laman facebook, friendster dan sebagainya. saya mengajak kita berfikir sejenak.APAKAH YANG KITA DAPAT DENGAN MEMPAMERKAN KECANTIKAN DIRI INI KEPADA ORANG YANG TIDAK KITA KENALI?
ALANGKAH BAIKNYA SEKIRANYA KECANTIKAN ITU HANYA DITUNJUK KEPADA SUAMI YANG TERCINTA YANG MAMPU MEMBERI KEBAHAGIAAN KEPADA KITA?TIDAKKAH KAMU BERFIKIR????
Sungguh sekiranya tidak kita gunakan akal yang diberi oleh Allah kepada kita..menjadilah kita ini lebih bodoh daripada lembu. Kerana seekor lembu yang hidup jika dibawa ia ke arah api, sudah tentu lembu itu akan bertempiaran lari. SEBALIKNYA MANUSIA YANG MEMPUNYAI AKAL FIKIRAN, DIA SENDIRI YANG MAHU TERJUN KE DALAM API NERAKA DENGAN MELANGGAR BATAS2 YANG ALLAH TELAH SEDIAKAN...

Demikianlan saya fikirkan cukup setakat 3 perkara yang terdahulu aku sebutkan. Kepada lelaki mukminin pula, kita sepatutnya menjadi contoh dan pembimbing kepada mereka yang jahil. Bukan mengambil kesempatan di atas kejahilan mereka. Disini juga saya mencerca lelaki yang kononnya warak, belajar syariah, tetapi masih lagi membuat kelakuan yang lebih bodoh dari lembu itu. Bangunlah wahai umat Islam dengan bertaqwa padaNya. ikutilah segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Disini juga saya mengambil kesempatan untuk menerangkan pakaian yang menutup aurat lelaki dan perempuan.Ia mengandungi 2 perkara iaitu:
1. tidak ketat hingga menampakkan bentuk badan
2. tidak jarang hingga nampak bayangan kulit.

Wajib ada kedua2 syarat ini.sekiranya da salah satu, maka ianya tidak dikatakan menutup aurat.sebagaimana sabda nabi:

ada 2 golongan dari ahli neraka yang aku belum pernah melihat mereka,iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu, mereka memukul orang dengannya , dan wanita yang berpakaian semi bogel, yang menarik orang melakukan maksiat, disamping dia sendiri melakukan maksiat pula, kepalanya meninggi seperti bonggol unta , mereka ini tidak dapat memasuki syurga, tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jauh perjalanan sekian dan sekian..(RIWAYAT MUSLIM)

Dalam hadis ini menerangkan tentang pemimpin yang zalim dan wanita yang berpakaian tapi tidak menutup aurat. Golongan ini tidak ada pada zaman nabi tapi golongan ini wujub pada zaman kita sekarang..

Nasihat daku supaya bagi mereka yang mengaku dirinya sebagai muslimah.Jagalah aurat kamu.Maruah kamu tidak ternilai harganya. Tidak boleh dibeli dengan wang ringgit malah tidak boleh dibeli dengan ayat2 murahan lelaki durjana. Dan elakkan mempamerkan gambar2 dan kecantikan2 kamu kepada orang ramai. juga taiplah perkara2 yang baik2 dan tidak menaip ayat2 yang boleh meransangkan jiwa orang2 yang mempunyai penyakit dalam hatinya..


iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Saturday, January 2, 2010

Sebuah Doa Live in Konsert!

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Persembahan nie tahun lepas pada 31 ogos 2008 sempena sambutan kemerdekaan di Kolej ku..Semoga terhibur dan paling penting dapatkan mesej yang baik dari lagu nie ya..=)




iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim
 

Copyright © 2011 Reserved to Zulhilmi Safain Design with love by CikBulat