Sunday, December 13, 2009

Show@Raub : Muslim Voice (Reunited)



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah syukur untuk semua pemberianNya.Lama jugak tak update blog bercerita nie jadi hari nie nak berceritalah sebab ada cerita yang best..yang pertamanya alhamdullilah di atas semua komen-komen lagu sebuah doa yang di kira lagu baru daku jugakla.walaupun ia hanya demo tapi dah dapat sambutan yang menggalakkan tapi apa yang penting moga kita dapat kutip mesej yang ingin disampaikan dalam lagu tu.insyaAllah.terima kasih banyak2 yer pada yang bagi kritikan dan pujian,semuanya daku terima dgn hati yang terbuka.

Seterusnya,cerita utama untuk update aku yang terbaru nie ialah mengenai persembahan yang aku jayakan pada 11/12/09 di Raub Pahang sempena Karnival Jualan Mega usahawan bumiputra tapi kali nie yang istimewanya aku bersama muslim voice.haha..memg dah lame sgt tak perform sekali,kebetulan diorg pun xde pe jadi ajakla dan mereka bersetuju,lagipun memg diorg rindu nak perform bersama aku..hehe..original MV la kiranya,kami hanya berlima tanpa alif azhari(ahli baru MV).Jadi sekarang aku nak cerita serba sedikit perjalanan sepanjang muslim voice ke raub tu.

kami bertolak pada hari jumaat(11/12/09) jam 10 pagi dgn menaiki kereta arif muslim voice dari rumah faisal muslim voice.Pada malam sebelum persembahan kami berkumpul dirumahnya untuk persediaan dan bincang2 sket utk persembahan pada esoknya.Kami sampai ke raub dalam jam 1ptg dan terus ke pejabat mara daerah raub untuk bertemu dengan pegawai mara daerah raub,rupa2nya pegawai yang jemput kami dan beliau buat penerangan mengenai persembahan dan terus ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat jumaat.Selepas itu,pada jam 2ptg kami bersiap2 dan terus ke tempat persembahan untuk sound check dan meninjau-ninjau keadaan disana.Pada pukul 3.30ptg kami mula sound check dan persembahan kami bermula selepas asar.

Alhamdullilah perjalanan persembahan berjalan dengan lancar cuma ada sket2la masalah dgn sound nie.Time sound check lain tapi perform lain plak.Tension jugakla sket tapi kami tetap teruskan dengan penuh senyuman.hehe..sewaktu persembahan ujian dari Allah telah menimpa aku sebab suaraku tiba2 rosak.tapi aku gagahkan jua dan aku tukar solo dengan ahli yang lain untuk part2 yang aku dah tak larat.Alhamdullilah ok..Kami persembahkan lebih kurang 6 buah lagu iaitu hanya pdMu(single terbaru),sebenarnya cinta(single terbaru),wahai teman(single 1 MV).Selain itu,Assolatuwasslam versi time di akademi nasyid,selawat murah rezki dan pelindung diri dan nur syahadah(far east).

Persembahan kami tamat pada jam 5.30ptg dan pulang pada jam 6ptg ke kuantan dan smpai lebih kurang 10malam kot..hehe..muslim voice hantar aku dan pulang ke rumah masing2..Untuk yang terakhirnya nak terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dan nak mintak maaf sebab takde gambar..takde cameraman time nie sedey jugakla tapi ade video persembahan kami,insyaAllah ada peluang daku akan upload erk.

InsyaAllah hujung bulan 12 nie ade persembahan yang agak grand di ulu yam dan aku akan perform dengan muslim voice jugak.Apa-apa nanti aku akan cerita di update yang akan datang yer.insyaAllah..Terima Kasih kerana mengunjung..=)

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim


2 comments:

firdausfauzi on December 13, 2009 at 10:16 PM said...

walaupun saye x dpt pg tgk..
tp, sy pasti prsmbhn 2 best!

x msk utube ke?
nak tgk jgk..

zulhilmi on December 13, 2009 at 10:32 PM said...

insyaAllah..nntkn yer..terima kasih ats sokongn..=)

 

Copyright © 2011 Reserved to Zulhilmi Safain Design with love by CikBulat