Sunday, January 24, 2010

Al-Irsyad's project album bermula...


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah syukur kehadrat ilahi..selawat dan salam atas junjungan besar nabi muhammad S.A.W..aku nak kongsikan satu berita gembira yang aku masih tak percaya dan aku sangat-sangat terharu dengan kepercayaan yang telah diberikan.

Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu mengenai projek album yang aku nak terbitkan untuk membantu menampung kos pembinaan maahad tahfiz di sekolah ku dahulu.alhamdullilah usaha demi usaha yang telah dilakukan iaitu dengan menyiapkan kertas kerja, perbincangan dan bantuan serta nasihat daripada abgku syazwan, abdullah ammar, bro halim (Devotees), faiz hamzah aku telah berjaya menarik perhatian sekolah untuk projek album ini.Terima kasih kepada insan-insan ini yang tidak jemu-jemu melayan kerenah aku.Disebabkan projek ini juga aku telah menubuhkan syarikat aku sendiri yang diberi nama The Messages Entertainment.Alhamdullilah..disini aku nak ceritakan sedikitlah mengenai sekolah dan dana yang diperlukan..

Ini adalah projek album bagi membantu kutipan dana pembangunan Ma'ahad Tahfiz Al-Irsyad yang masih memerlukan RM1.5 juta untuk pembinaan bangunannya.
Sebenarnya, Sekolah Islam Al-Irsyad telah membesarkan aku dan adik beradik dari darjah 1 sehinggalah tingkatan 5. Disitulah tempat aku bermain, bersuka ria, berkawan dan lain-lain. Walaupun aku bukanlah dari golongan pelajar yang dikenali dengan cerdik pandai suatu ketika dulu atas ketidak matangan aku tetapi aku selalu berharap boleh membantu sekolah tercinta ini.

Ini bukanlah projek mencari keuntungan untuk pihak daku tetapi suatu projek sumbangan secara komersial kepada sekolah tersebut kerana melalui penjualan album rangkaian kutipan dana lebih meluas dan secara tidak langsung memperkenalkan Al-Irsyad ke seluruh Malaysia melalui edaran album.

Ini adalah pengalaman aku yang pertama dalam suatu projek komersial yang sudah pastinya rangkaiannya lebih luas dari kaedah-kaedah kutipan dana sebelum ini. Ia juga cubaan pertama aku dalam menghasilkan album nasyid.

Alhamdullilah kesabaran aku menunggu respon yang baik dari sekolah tidak mensia-siakan, bukan sahaja diterima malah CEO sekolah ini sendiri yang akan mencari penyumbang bagi kos-kos menyiapkan album ini.ya Allah..memang gembira sangat mendengar berita ini.Selepas daripada menerima berita yang menggembirakan ini aku terus menelefon komposer-komposer yang aku kenal seperti bro halim devo, faiz hamzah, akmal mirwana dan adi saujana.Alhamdullilah respon yang baik daripada mereka dan bersetuju untuk menjadi komposer.InsyaAllah album ini akan dinyanyikan oleh aku sendiri dan aku akan menjemput artis-artis nasyid terkenal tanah air untuk featuring bersama aku.begitulah harapnya..

Daku amat mengalu-alukan penyumbang yang sudi menampung kos yang tidak memberi pulangan keuntungan kepada penyumbang atau penaja tetapi memberi keuntungan kepada Ma'ahad Tahfiz tersebut. Aku bukan sahaja memerlukan penyumbang bagi kewangan sahaja tetapi boleh juga melalui sumbangan idea-idea bagi penghasilan album ini dari segi membantu untuk penghasilan lagu, lirik, cadangan lagu dan lirik, studio rakaman, proses mixing dan mastering lagu, reka bentuk kulit album, promosi dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan album ini.

Insyaallah, aku akan cuba selalu mengemaskan kinikan mengenai perkembangan projek ini diblog ini. Semoga dengan usaha kecil ini ia membawa manfaat dan syafaat di akhirat kelak. Doakan aku dan sahabat-sahabat berjaya melaksanakan projek ini.

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim


1 comments:

Unknown on February 13, 2010 at 6:46 PM said...

keep up the good deeds!

 

Copyright © 2011 Reserved to Zulhilmi Safain Design with love by CikBulat