Wednesday, August 25, 2010

Perkongsian : Berbuka Puasa


Assalamualaikum w.b.t

Rasanya dah lama betul tak update blog kan, banyak sebenarnya cerita-cerita yang nak di kongsikan. InsyaAllah, masa terluang nanti daku akan kongsikan. Jadi daku ade sedikit perkongsian utk pengunjung blog ku..bacalah ya.. Selamat berpuasa semua!


Bulan puasa ni, ramai yang asyik menunggu untuk berbuka. Memang saat yang dinanti-nantikan la. Jadi, sebagai seorang muslim yang jati pada sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka wajiblah kita tuntuni sunnah, adat, kebiasaan Nabi dalam beriftar.


1. Bilakah waktu berbuka ?

- Apabila tenggelam matahari.

2. Menyegerakan berbuka (tidak menangguhkannya)

- Dari Amru bin Maimun Al-Audi, telah berkata :

كان أصحاب محمد أسرع الناس إفطارا و أبطأهم سحورا
Maksudnya : ” Sesungguhnya sahabat Muhammad adalah orang yang paling cepat berbuka dan paling lambat bersuhur ” [HR Abdurrazzaq : 7591][1]

- Mengapakah perlu segera berbuka ?

a. Dapat menghasilkan kebaikan

- Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :

لا يزال الناس بخير ما ععجلوا الفطر
Maksudnya : ” Manusia tidak akan sunyi dari kebaikan selama mana menyegerakan
berbuka puasa ” [HR Al-Bukhari : 1856, Muslim : 1093]

b. Ia merupakan sunnah Rasulullah r :

- Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :

لا تزال أمتي على سنتي ما لم تنتظر بفطرها النجوم
Maksudnya : ” Umatku akan sentiasa dalam sunnahku selama mana mereka tidak
menunggu bintang untuk berbuka puasa “. [HR Ibnu Hibban : 891][2]

c. Mengelakkan dari menyerupai amalan yahudi dan nasrani

- Dari Abu Hurairah, Nabi r bersabda :

لا يزال الدين ظاهرا ما عجل الناس الفطر، لأن اليهود و النصارى يؤخرون
Maksudnya : ” Agama ini akan sentiasa menang selama mana manusia menyegerakan berbuka, kerana yahudi dan nasrani mengakhirkannya “. [HR Abu Daud : 2353][3]

3. Berbuka sebelum solat maghrib

- Dari Anas bin Malik :

كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطرقبل أن يصلي
Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r berbuka sebelum solat “. [HR Abu Daud : 2356][4]

4. Dengan apa berbuka ?

- Dari Anas bin Malik :

كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي ، فإن لم يكن رطبات فتمرات ، فإن لم يكن تمرات ؛ حسا حسوات من ماء
Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (ruthob) sebelum solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah (ruthob) Baginda berbuka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), Baginda meneguk seteguk air “. [HR Abu Daud : 2356]

5. Apakah doa berbuka puasa ?

- Berdoalah dengan apa-apa doa pun, cuma alangkah baiknya kita dapat mencontohi doa Rasulullah r, kerana Baginda r tidak akan melafazkan sesuatu melainkan padanya pasti ada kebaikan. Sesungguhnya doa orang yang berpuasa sebelum berbuka adalah doa yang mustajab insyaAllah, sebagaimana diriwayatkan dari Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah r :

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حين يفطر، و الإمام العادل، و دعوة المظلوم
Maksudnya : ” Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa di saat berbuka, imam yang adil, dan orang yang dizalimi “. [HR At-Tirmidzi : 2526][5]

- Doa yang thabit serta shahih dari Nabi r ketika berbuka adalah :

ذهب الظَمَأُ وابتَلَّتِ العُروق، وثَبَتَ الأجر إن شا ء الله
Maksudnya : ” Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat, dan telah ditetapkan pahala insyaAllah ” [HR Abu Daud : 2357][6]

- Adapun doa :

اللهم لك صمت، وعلى رزقك أفطرت
Maksudnya : ” Ya Allah, ya Tuhan kami, kerana-Mu kami berpuasa, dan atas rezeki-Mu kami berbuka”.[HR Abu Daud : 2358]

Hadis yang menyebut tentang doa ini, adalah dari riwayat Mu’az bin Zuhrah. Beliau bukan sahabat sebaliknya beliau adalah tabi’in (generasi selepas sahabat Nabi r). Tetapi beliau telah meriwayatkan hadis ini secara langsung dari Nabi r. Dalam ilmu mustolah, hadis ini dikenali sebagai hadis mursal, kerana tabi’in meriwayatkan dari Nabi r sedangkan dia tidak pernah bertemu dengan Nabi r. Hadis mursal mengikut muhaddithin adalah hadis yang lemah dan tidak boleh dijadikan hujjah. Syeikh Salim ‘Eid Al-Hilali dalam Nailul Authar Bi Takhrij Ahadisil Azkar[7], menyebut : Sanad hadis ini lemah kerana 3 kecacatan :

1. Mu’az bin Zuhrah tidak dikenali (مجهول)
2. Hadis ini mursal, kerana Mu’az adalah tabi’in
3. Perawi dari Mu’az adalah seorang lelaki yang tidak diketahui namanya (مبهم)

Oleh itu, untuk menyandarkan doa ini kepada Nabi r adalah salah sama sekali!! Sebaliknya, jika seseorang itu ingin berdoa tanpa menyandarkannya kepada Nabi r, maka perkara itu dibolehkan. Tetapi alangkah baiknya, melafazkan kalimah yang dilafazkan oleh manusia yang paling mulia iaitu Rasulullah r.

6. Dianjurkan memberi makan untuk orang berbuka puasa

- Nabi r bersabda :

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Maksudnya : ” Barang sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun dari pahalanya ” [HR At-Tirmidzi : 804, Ibnu majah : 1746][8]


- Apakah doa untuk orang yang memberi makan kepada kita ?

Antaranya[9] : dari Miqdad, Nabi r bersabda :

اللهم أطعم من أطعمني، و اسق من سقاني
Maksudnya : ” Ya Allah ya Tuhan kami, berilah makan kepada orang yang memberi makan kepada kami, dan berilah minum kepada orang yang memberi minum kepada kami “. [HR Muslim : 2055].

Haa. Habis suda. Dah baca, Kena amalkan kan? So, selamat beramal. =)

________________________________________
[1] Sanadnya Shahih, lihat Fathul Bari : 4/199.
[2] Sanadnya Shahih, lihat (صفة صوم النبي) oleh syeikh Salim Al-Hilali dan Syeikh Ali Al-Halabi : mks 63.
[3] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2063.
[4] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2065. Penyusun telah meringkaskan hadis ini tanpa
mengubah maknanya. Perkara seperti ini diperbolehkan dalam ilmu hadis selagimana ia tidak mengubah makna serta tujuan hadis.
Lihat perbahasan ini dalam Manhaju Annaqd Fi ‘Ulumil Hadis, oleh Dr. Nuruddin ‘Itr : mks : 231.
[5] Sanadnya Shahih, lihat Silsilah Asshahihah, oleh Syeikh Al-Albani : 1797.
[6] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2066.
[7] 1/438. Kitab ini bertujuan menilai semula kedudukan hadis-hadis dalam kitab Al-Azkar oleh Imam Annawawi.
[8] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Ibni Majah oleh Syeikh Al-Albani : 1417.
[9] Untuk mengetahui selain dari doa di atas,lihat (حصن المسلم) oleh Syeikh Said bin Ali Al-Qahthani.

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to Zulhilmi Safain Design with love by CikBulat