Friday, February 6, 2009

Berjuang kembali tapi.....



Tempat: Stesen bas shahab perdana alor alor star..

Masa: Subuh(baru sampai)

Bismillah ku mulakan bicara..

Sejuknye...kata-kata apabila keluar saja dari pintu bas dan terus naik ke tingkat atas stesen untuk menuju kat surau dan sambil-sambil menunggu waktu subuh,aku gunekan peluang ini untuk menaip dulu..hihi..

Alhamdullilah sekarang nie aku akan bermula kembali dengan azam baru selepas cuti walaupun hanya seminggu bercuti untuk belajar n mengahafal rajin-rajin sebab sebelum nie malas sikit..semalam,sewaktu ayahku menghantar ke stesen bas di kuantan,kata-kata yang ayahku akan ungkapkan untuk anak-anak setiap kali nak pergi belajar.."Belajarla sungguh-sungguh dan niat betul-betul ikhlas kerana Allah,Ayah takde harta yang nak ditinggalkan kepada kamu"..syahdu seketika mendengar kata-kata yg lembut dituturkan oleh ayah itu..

Seminggu bercuti banyak sangat cerita dan aku nak kongsi sebuah cerita tentang pengalaman cinta manusia yang disia-siakan.Kalau pembaca blog ini nak tau apa kisahnya,teruslah melayari alam blog ku yg usang ini..

oklah..dah azan subuh tu..aku berhenti disini dulu..Tunaikan kewajipan..Doakan kejayaan daku sepanjang aku berada disini supaya aku terus teguh melayari bahtera ini..

wasalam...

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to Zulhilmi Safain Design with love by CikBulat