Wednesday, November 12, 2008

Adakah masih aku?



Apakah perkembangan terbaru?Apa cerita sekarang?,Persoalan yang sering berlegar di friendster zul muslim voice,yahoo messenger dan para sahabat,peminat yang berjumpa denganku.Kenapa orang masih lagi bertanyakan soalan itu kepadaku sedangkan aku bukan lagi ahli muslim voice?bukan ahli muslim voice?kenapa?Apakah selama ini aku hanya watak tambahan dalam pembikinan filem muslim voice?,sebenarnya aku telah disingkirkan dari muslim voice di atas sebab musabab yang boleh dikatakan kompeten.Aku menerima dengan hati yang terbuka,mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Allah merancang dan kita pun merancang tetapi perancangan Allah lebih hebat, namun siapakah yang dapat menandingi perancangan tuhan?,kita tinggalkan dahulu kisah yang remeh temeh ini.Pokoknya coretan ku ini berkenaan apa yang aku lakukan selepas bergelar mantan muslim voice.Anda nak tahu?teruskan bacaan anda.



Kini masa yang terluang ini aku penuhi dengan berbakti kepada kedua ibubapaku dan aku berniaga secara kecil-kecilan.Mungkin ada yang tertanya-tanya,kenapa aku tidak menyambungkan pelajaran lagi?sebenarnya aku terpaksa mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kolej untuk menyambungkan pelajaran di semester yang akan datang.Kini aku sedang mengintai setiap peluang yang ada dalam bidang nyanyian ini,alhamdullilah buat masa ini aku berpeluang untuk membantu cicik akademi nasyid menjadi manager(kononnya),membantu cicik untuk promote didalam internet untuk jemputan show cicik jadi kalau ada sape2 yang nak jemput show,bolehla bgtau aku yer.Terima kasih cicik diatas peluang ini,disamping itu juga aku ada buat recording sendiri(guna laptop aje).hehe


12 november 2008(3:54pm),motorolla v3x aku berdering.Terkejut juga sebab yang menelefon aku itu adalah fath(voice of men) mungkin ada khabar gembira.Alhamdullilah apa yang aku jangkakan memg tepat,fath megajak aku untuk membuat persembahan dan menjadi juri di sebuah ipts dalam shah alam,insyaAllah aku akan bersama fath(voice of men),alif(dvision).Bersyukur sangat-sangat kerana rintihan aku kepada sahabat di akademi nasyid mendapat perhatian.Terima kasih banyak-banyak fath(voice of men).Sampai disini sajalah dulu coretan aku buat masa ini,insyaAllah aku akan post cerita terbaru nanti yer.Terima kasih kerana sudi baca dan melawat blog ini yer.

~ kesibukan aku kadang2 mengabaikan yang memerlukan perhatian. Maafkan diri ini belum sempurna untuk menjadi yang terbaik.~

3 comments:

saat hati berbicara on November 13, 2008 at 2:39 PM said...

hidup ini banyak dugaan
byk2kan bersabar

..adikbebecute.. on November 13, 2008 at 5:35 PM said...

tiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. jgn sekali kita menyerah kalah dan bersedih. teruskan hidup. kuatkan semangat. pasti ada jalan untuk kita terus maju ke depan.. 'ala kulli hal.. bittauiq wan najah.. =)

s.a.h.a.b.a.t. on November 14, 2008 at 2:49 PM said...

im so sorry to hear that... tabahkan diri... jangan sedih2 sgt... maybe ade hikmah di sebalik apa yg menimpa...

 

Copyright © 2011 Reserved to Zulhilmi Safain Design with love by CikBulat