Tuesday, November 11, 2008

Alhamdullilah selesai akhirnya...



Assalamualaikum..bersyukur kehadrat ilahi..akhirnya cita2ku untuk ada blog sendiri dah tercapai..terima kasih kepada sahabat yang membantu untuk menyiapkan blog ini..boleh jugaklah nak berdakwah kat sini..jadi untuk awal-awal nie ingat nak post artikel pasal wanita,terdetik pulak nak cerita keistimewaan mereka,takpekan..huhu..kelakarla pulak..ape2pn baca jela..sebelum terlupa,terima kasih sudi lawat blog yang tak seberapa nie,teruslah melawat lepas nie jika ada kelapangan..sebelum terlupa jugak gambar kat atas nie adalah gmbr ibuku dgn adik2 kesayanganku..Ingatlah orang tersayang..hihi

iStimeWa seOraNG waNiTa~~

"Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 lelaki soleh.

Seorang wanita yang jahat adalah lebih
buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

2 rakaat solat dari wanita yang hamil
adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan)
akan dapat satu pahala daripada tiap-
tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami
yang pulang ke rumah di dalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad.



Wanita yang habiskan malamnya dengan
tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat
pahala seperti membebaskan 20 orang
hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya
akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua
70,000 maalaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada
yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.

Wanita yang menguli tepung gandum
dengan "bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan
taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.
“Paras cantikmu menghiasi birunya langit
hijaunya lazuardi terhampar diwajah indahmu.
Tulus hatimu, suci tekadmu IBUNDA… sebutan dirimu.

Agung nan mulia pengabdian dirimu pada kemanusiaan
Anugrah surga ditelapak kakimu pada bakti ananda.
Tinggi budi pengertimu dalam sikap anggun yang kau perlihatkan.

Sebagai perempuan berharga diri, zamrud permata berharga
Berlian berkilau menawan hati bunda tak tersaingi kilaunya.

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..

shukran kerana meletakkn wanita itu di tempat yg tinggi..nice blog..satu intro yg menarik jg ya..:)

mambruk krn sudah selesai akhirnya..
sy jg ada create blog..
tp sampai sekarang x tahu nk buat mcm mn..:) apepun, jdkan blog ini satu slh method dakwah kita..inshaALLAH..

ALLAH akn membantu mrka yg ad kssguhn membuat kebaikn..

Unknown on November 13, 2008 at 9:18 PM said...

subhanalLah,intro yg bagus untuk dikongsi bersama.teruskan berda'wah dalam arena blog.barakalLahu fik!!

~inna ma'al 'usri yusra~

Eisyaa on November 14, 2008 at 8:02 PM said...

alhamdulilah..syukur dianugerahkan sbagai seorg wanita.good info.:-)

 

Copyright © 2011 Reserved to Zulhilmi Safain Design with love by CikBulat