Monday, November 17, 2008

Solat tiang agama?betul ke?



Hmm...sedih bila aku memikirkan soal ini.Kenapa susah sangat untuk mendirikan kewajipan itu?Apa yang payah sebenarnya?cuma perlukan sedikit masa sahaja,perkara-perkara lagho kalau 10 jam pun takpe tapi............aduh...tidak tertahan lagi apabila memperkatakan soal ini,bukannya apa cuma nak tanya sikitla,api Neraka tu sejuk ke?azab kubur tu tidak menyeksakan ke?cuba kalian fiki-fikirkan.Pabila malaikat bertanya di kubur nanti,apa yang nak dijawab?nak harapkan amal sekarang ni?Hampeh!!kuman pandang pun tak heran.Kalau dicampak di bumi, ayam tak patuk itik pun tak sudu.Hmmmm...insaf-insaflah.Susah sangat ke nak usung diri ke tikar sembahyang tu.Mungkin lagi senang kalau nak dibandingkan bila kalian diusung ke kubur nanti.

Hari tu aku ada terbaca hadis,bunyinya begini,Sabda Nabi:"Barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka telah tersedia tempatnya di neraka".
Wow!ganjaran first class tu,siapa rasa nak ganjaran ni bolehla jugak untuk terus tinggalkan kewajipan lima waktu ini.Fikir-fikirkanlah.

Manusia terlena dalam mimpi indah,cinta dunia yang fana hanya sementara,bisa terlupa janji kepada tuhannya.Maka nikmat tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan?

Setakat nie je kot,aku harap apa yang aku cuba coretkan ni dapat dijadikan iktibar dan berusahalah untuk merubah diri kita bersama.

Sekian.....

0 comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to Zulhilmi Safain Design with love by CikBulat