Saturday, August 13, 2011

5 hari disini !

7 comments
Assalamualaikum w.b.t

Selamat Berpuasa ! Apa khabar semua? bagaimana dengan amalam kita di bulan yang mulia nie..hee.. tak tahu nak update ape sebenarnye tapi nak update jugak supaya blog nie tak berhabuk.. cuma nak cerita yang beberapa hari nie aku kerja di Kl, kira mcm outstation la.. kerja yang agak busy jgkla.. kerja aku mengadap laptop je.. hehe.. best kan? kerja tak susah cuma masa kerja tak menentu.. jadi nak cepat2 cuti dan nak habiskan ramadhan nie sebaik yang mungkin.. balik kuantan best sikit sbb kalau kerja di sana dapat berpuasa, sahur dan berbuka bersama keluarga.. dapat jugak buat tarawikh jamaah kan.. sepanjang outstation nie tak dapat nak rasa suasana macam tu.. ape2pun tetap best.. sebab penginapan dan makan semua ditanggung.. berbaloi2.. kira dapat kerja sambil bercuti.. Okla.. nak cite2 tu je.. kite jumpe di posting akan datang ya.. moga sentiasa gembira disisi keluarga.. same2 kita tingkatkan amalan ya.. insyaAllah ! ingat.. jangan puasa je tapi tak solat dan tak tutup aurat.. serius. sia2 je menahan lapar tau.. same2 beringat ! :)


ini tempat penginapanku selama 5hari.. bos bagi bilik yang agak ekslusif ! hee.. sorang2 pulak tu.. sambil2 bercuti la kan ! :)


p/s : time updated blog nie, aku tengah boring tak tahu nak buat ape jadi buatla cite syok sendiri.. TQ baca ! :P

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Monday, August 8, 2011

Sesiapa yang tidak solat, dia meruntuhkan agamanya !

0 comments
Assalamualaikum w.b.t




p/s : Jangan kahwin dengan orang yang tidak solat !

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Friday, July 29, 2011

Selamat Berpuasa !

1 comments
Assalamualaikum w.b.t








p/s : Mari berpesta ya ! banyakkan ibadah.. habiskan 30 juz ! :)

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Hutan Lipur Berkelah !

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah.. pada 27/7/2011, daku dan sahabat2 pergi meng-adventure kan diri ke Hutan Lipur Berkelah.. tempat yang sangat menarik dan tak ramai orang.. air terjun nye ada 8 tingkat tapi kitorg pegi sampai tingkat 3 je dan buat BBQ dan aktiviti di tingkat 2 air terjun.. nak naik atas bukanlah senang, takde tangga khas tapi kene panjat batu2 dan redah hutan.. memang terbaiklah.. hee.. Pengalaman terbaik bersama sahabat2 sebelum menempuh Ramadhan yang semakin hampir.. insyaAllah nanti akan upload gambar di FB.. jadi yang belum add FB ku, add la k.. Jaga Diri ! :)



p/s : sebenarnya nak kongsi banyak lagi gambar disini tapi disebabkan internet yang agak problem.. tak dapatla ya.. hee

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Sunday, July 24, 2011

Ala-ala Vintage ! (Editing)

1 comments
Assalamualaikum w.b.t
Serius ! 1st time aku edit gambar.. yang nie aku edit ala2 Vintage gitu.. hee.. Belajar dari tutorial orang gak nie.. tak penah sentuh pun Photoshop jadi tiba2 rajin pulak.. dah lame berminat cuma takde peluang nak belajar jadi pada sape2 kawan di luar sane yang ada ilmu edit2 nie, sudi2la ajar aku ya ! TQ.. layan la gambar di bawah nie ! ;)



Sebelum

Selepas


Sebelum


Selepas


Sebelum


Selepas

p/s : Maaf kalau buruk... hee :P

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Tuesday, July 19, 2011

Itu ini Begitu Begini - Mirwana feat. Altimet ! (lirik)

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Jom dengar karya terbaru persembahan Mirwana feat. Altimet !
(Itu ini Begitu Begini)
Bagi komen sikit ! :)

LINK

Lirik

(Intro) Mirwana

Kau membisik

Kau memanggil

Cuba mengheretku ke ruang fantasi

Bicaramu menggoda

Semua bagai indah

Hanya madah sia-sia

Racun berbisa

(Chorus) Mirwana

Itu Ini Begitu Begini

Beza persepsi di sana-sini

Cara dia dan cara mereka

Masing-masing punya citarasa

Itu Ini Begitu Begini

Gosip sensasi di sana-sini

Kisah dia cerita mereka

Tak peduli benar atau dusta

(Rap) Altimet

Aku merenung keluar tingkap

Memikirkan masa aku yang kian singkat

Merancang usaha aku yang perlu ditingkat

Terkenang masa lalu yang lebih ringkas

Pesanan ringkas di alat komunikasi

Bisik belakang lagi gosip sensasi

Dulu geli hati pernah kuminati

Yang dahulu manis kini aku rasa basi

Bila diumpankan secebis umpatan

Yang lebih penting lebih senang dilupakan

Yang gangsa digilap kita sangka emas

kaca dikejar yang berlian lekas terlepas

Nasi yag dikendung senang tercicir

Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir

Yang dijual murah untuk beli sepah

Hingga tubuh kebulur rohani resah

(Repeat Chorus) Mirwana

(Rap) Altimet

Satu masa dulu kita dua sejoli

Di antara hobi bercerita di kedai kopi

Hingga pukul dua, tiga, empat, lima pagi

Malam tua tapi kita masih muda lagi

Gerak pantas mulut manis bila ada gadis

Macam baju tukar laju biar mereka menangis

Tak heran ada yang lain-lain

Kita saing bukan sukan hanya main-main

Bukan tempat untuk aku mencemuh mencaci

Tapi aku bukan lelaki itu lagi

kau ada hidup kau aku punya hal sendiri

Lihat aku punya masjid indah yang terdiri

Jauh sekali tempat aku mengadili

Tapi aku harap kau pandai membawa diri

Kalau jumpa di luar pasti bertegur sapa

Jemput ke rumah aku kalau ada masa

(Bridge) Mirwana

Helah dan dusta punca sengketa

Menghancurkan segala

Bawa sengsara dan airmata

(Repeat Chorus)

Lagu: Akmal Mirwana

Lirik : Akmal Mirwana & Altimet



*Credit pada Altimet yang Upload !


p/s : Jangan lupa Like Fanpage Mirwana dan Altimet !

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Saturday, July 16, 2011

latest from The Messages ! (Video)

0 comments
Assalamualaikum w.b.t



p/s : Doakan kami.. dalam proses rakaman di studio sekarang nie.. :)

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Tuesday, July 12, 2011

Sony HD Bloggie !

0 comments
Assalamualaikum w.b.t
Yep ! Alhamdullilah dapat update blog lagi ari nie.. hehe.. rajin nie.. syukur sgt2 jugak sekarang nie ramai buat tempahan untuk beli hp baru dgn aku.. rezeki kan.. Terima kasih banyak2 pada yang percaya pada perkhidmatan ku.. Jadi sape2 sahabat yang baca blog nie bolehla jugak nak beli hp baru ke.. repair ke.. cari aksesori ke.. (cewah.. promo nampak ! ).. Blog sendiri takpela kan.. :)

Seperti tajuk di atas nak cite tentang gadget terbaru yang aku beli.. alhamdullilah.. rezeki jugak tu kan.. aku terlalu minat nak buat2 video nie, nak2 yang berkualiti kan.. editing tak pandai pun, buat video2 cover tula.. nyanyi2 je.. teramat suka pada HD (High Definiton), jadi puas dgn kualiti tu.. selalunye mahal untuk dapatkan sebuah camera yang mempunyai rakaman video kualiti Full HD.. seperti HD bloggie nie memang agak mahal la.. Kalau harga market lebih kurang RM799-RM899 macam tu.. mahal kan? tapi alhamdullilah dipertemukan Sony HD bloggie nie dgn separuh harga di Pc fair baru2 nie.. ternyata teramatlah murah.. skng nie check kat kedai, harga memg still mahal la.. betullll.... hehe.. dah lame dh sebenarnye nak beli HD bloggie nie dan alhamdullilah dapat jugak ! jadi kat bawah nie ade 1st video aku test Sony HD bloggie aku nie.. saje nak test sound dier.. nanti insyaAllah akan upload video2 yang lain.. Boleh subscribe di page YouTube aku ya.. Oklah, nak cakap tu je.. saje kongsi2.. kot2 ade yang minatnye seperti saya.. Wassalam...





p/s : Comel kan HD bloggie ku, aku punye memang wane pink pun! :P


iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Perbualan yang sangat menarik !

0 comments
Assalamualaikum w.b.t


Ust Nasrudin berhujjah dengan seorang insan atas pagar [di laman facebooknya], yang mempersoalkan kenapa himpunan bersih diadakan ?
Fooh ganasnya polis Malaysia.... pakai rotan jer? Dia orang tak semanja Polis Indonesia dan Thailand yang pakai belantan... pakai askar... Ingat lah polis pun manusia juga... stress bila tertekan... Ada juga anak bini kat rumah.... Kau orang kan katanya 10,000... Dia orang berapa kerat aje.....

itu buktinya rakyat tidak lawan polis, mrk mahu aman. tetapi kenapa belasah sebegitu rupa ? kalau rakyat lawan polis, saya ingat boleh jadi lempeng polis tu :(

Ustaz : Belum tentu jadi lempeng... kawan tahulah sikit2 fasal cara dia orang mengawal ketenteraman awam... Itu baru mukadimmah aje... Balik lah pada berpolitik... kami yang atas pagar tapi diam ni lebih suka dengan cara mengundi tanpa kekecohan.... jangan ikut budaya orang..

rakyat pasti tidak akan lawan polis sbb polis bukan lawan mrk. Polis bersenjata belasah rakyat sendiri tanpa senjata ini bukan tamadun yg dibanggakan. Atas pagar mhupun diluar pagar, rasional berfikir wajar menjadi asas bertindak dan mengeluarkan pendapat


Pembetulan ustaz... sebahagian rakyat.... perbuatan berarak di atas jalan tanpa memperdulikan mereka yang perlu menyara hidup, mempunyai urusan2 lain dan tidak mahu terlibat juga bukan suatu tamaddun yang patut dibanggakan. Itu kepada mementingkan diri. Seperti anak2 yang merengek dan menghentak2 kaki mahukan perhatian bukan sesuatu yang perlu dibanggakan. Sokongan kalian pada orang Islam yang mati dibunuh kafir pun tak sehebat sokongan kepada perjuangan ambiga ini...

apa masaalah kpd org yg menyara hidup, tidak gangguan malah mrk yg buka kedai hari tu mengaut keuntungan yg lumayan kecuali mrk yg termakan propaganda TV akhirnya rugi. sila bertemu kita utk diunjuk bagaimana sokongan kita kpd ummat Islam khasnya palestine, bagaimana sejarah PAS memperjuangkannya, dan membetulkan pandangan salah anda, BERSIH bukan perjuangan ambiga, ini perjuangan rakyat yg menuntut 8 perkara agar dilaksanakan olh kerajaan. Ambiga hanya mempengerusikan gabungan 60 ngo dari seluruh negara yg membentuk BERSIH 2.0

mrk bawa anak dan isteri krn sifat himpunan yg kami anjurkan ini adalah aman, santai dan enjoy. massalah kami hadapi apabila polis serang kami dgn gas pemedih mata dan air water canon. kalau polis tdk ganggu malah bantu kami berjalan dgn baik, kawal dgn baik spt polis kawal himpunan sambutan hari merdeka dan hari citrawarna di tgh tgh ibukota, kan aman ?

Manusia sentiasa merasakan pandangannya betul.. dan orang lain salah. Itu lumrah... Perjuangan SEBAHAGIAN rakyat itu tidak bolehkah tanpa dibawa ke jalanan? Apa guna dilantik tuan2 sebagai wakil2 rakyat? Mudah saja menjadikan TV sebagai alasan. Tahukah tuan ramai orang2 tua dan kaum yang khuatirkan keselamatan mereka yang tidak berani keluar bekerja dan mencari rezeki? Dan ini bukanlah bersumberkan TV atau radio.Beginilah... untuk demo selanjutnya bawa saja lah mungkin ke Pulau Pinang? Kita katakan sajalah sebagai Part 2... Tentu saja boleh bukan?

kita mahu berhimpun di KL, ibu kota tercinta. itu pilihan kami. mahu buat di tempat lain itu pd bila bila masa shj dan telah pun kami buat. Skrg kami pilih ibu kota. so apa salahnya ? kenapa polis arah tutup jalan ? kenapa polis arah semua kedai tutup ? kemudian nak salahkan kami pula yg turun secara aman tanpa sebilah senjata pun ? negara tdk terancam. peniaga tdk terancam. tiada satu kedai pun dirompak atau terbakar. yg terancam ialah UMNO dan BN

Mungkin fikiran saya ini dangkal.... Tetapi apakah langsung tidak terfikir oleh mereka ini akan risiko yang mungkin ada? Baharulah saya faham pemikiran anda semua... Sepertinya berbuat sesuatu ikut nafsu tanpa menmanfaatkan kelebihan akal....

sama lah spt sdr. Sdr anggap kami salah dan sdr betul . sebenarnya betul salah bergantung kpd undang2. undang2 negara mengikut perlembagaan membenarkan kami berhimpun. tetiba jd haram krn kerajaan tak setuju. kalau dia setuju nescaya jd halal mcm konsert hiburan, biarpun bertentangan dgn Islam, jd halal krn pemerintah setuju.

Anda benar Ustaz... tiada salahnya. Cuma kenapa mesti dipilih tempat2 yang agak sibuk dan menjadi tumpuan ramai jika tiada sebarang agenda?

apa risikonya ? kami hanya berdepan risiko apabila polis bertindak kejam. Tdk terfikir dlm pemikiran kami bhw polis sanggup bertindak sekejam itu hanya krn mahu memenuhi nafsu sang pemerintah

Asalnya kami mahu ke istana negara secara aman. Tetapi kerajaan tdk bersetuju lalu memfitnah dan mentohmah kononnya kami mahu mencetus huru hara. itu salah ! apabila YDPA setuju terima memo kami jika kami buat di stadium, maka kami mahu buat di stadium merdeka. Najib asalnya setuju kemudian tdk setuju pula . Sdr tanya najib, apa agendanya ?

Jika benar tidak ada terlintas akan risiko di fikiran tuan2.. maka seperti kata orang Indonesia... Iya.. iyalah!

Himpunan di tengah ibukota adalah perkara biasa. Himpunan sambutan hari merdeka, mrk buat di ibukota, citrawarna mrk buat di ibukota, sambut tahn baru mrk buat diibu kota. sesak lalu lintas. tapi aman bila polis bg kerja sama dan kawal lalu lintas dgn baik. kenapa tidak kpd pilihan rakyat mahu berhimpun ?

Ya.. himpunan aman , santai dan enjoy apa risikonya ? risiko itu menyinggah apabila polis bertindak ganas. kami sangka polis pengawal keamanan, polis sedia berkhidmat, polis mesra rakyat dll, tapi polis Malaysia terajang rakyat, sepak rakyat, pukul rakyat, belasah rakyat. Apa yg rakyat buat kpd mereka ? mungkin UMNO dan BN yg sakit hati dgn himpunan rakyat ini, tapi kenapa polis yg membelasah rakyat ?

Sekali lagi Ustaz, sebahagian rakyat... bukan semua yang bersetuju. malah tidak mustahil majoriti yang diam tidak bersetuju dan terus terang saya salah seorang dari mereka. Himpunan yang dianjurkan tuan2 ini bukanlah perkara biasa bukan? Apakah itu pun tidak terfikir oleh tuan2?

Yes, kami tdk tidak pernah mencerca dan memarahi mrk yg tidak bersetuju dgn kami. itu hak mrk. begitulah demokrasi. kita tdk boleh paksa org menyebelahi kita. tapi kenapa menzalimi hak kami. kami tuntut media yg adil, kenapa dijawab dgn belantan ? kami tuntut dakwat kekal, kenapa dijawab dgn gari ? kami tuntut hapus undi pos, kenapa dijawab dgn lokap ?

Kalau perhimpunan yang tidak dibenarkan tidak dibuat, sudah tentu pihak polis boleh melakukan kerja2 seharian mereka...

Itu lah perjuangan yang Ustaz dan rakan2 pilih... maka itulah kejadiannya dengan izin allah swt. Bagaimana pun Ustaz, terima kasih keana sudi melayan pertanyaan dan menambah pengetahuan saya. Salam Ustaz...

Persoalannya kenapa mrk tidak benarkan perhimpunan kami ?

Himpunan itu aman, santai dan enjoy. buktinya, kami datang dgn family, kami datang tanpa senjata, kami datang hanya membawa 8 tuntutan kami.

Mereka pun mempunyai pendapat mereka sendiri sebagaimana Ustaz dan rakan2...

Polis tangkap kami bukan krn kami bawa senapang atau parang tetapi polis tangkap kami krn kami pakai baju BERSIH 2.0 ...... sadis bukan ? peraturan apa salah memakai baju kuning itu ?

yes, saya setuju dgn Demah. mrk punya pendapat mrk sendiri dan kita raikan . tapi raikan juga pendapat kami. saya setuju Perkasa nak berhimpun, tapi pilih hari lain. saya setuju patriot nak berhimpun tapi pilih hari lain. perkasa ambil 8 hb dan patriot ambil 10. 9 hb utk himpunan kami. kalau Himpunan Sejuta Belia boleh jadi halal dan dibenarkan stadium Bkt jalil kenapa hanya himpunan 300K tdk dibenarkan lalu jadi haram dan tdk dibenarkan pula stadium merdeka ?

Sebelum saya berundur kerana perlu melayani anak2 saya, saya langsung tidak bersetuju dengan perhimpunan2 yang mempunyai risiko seperti ini sama ada patriot, perkasa mahupun bersih. Kerana setiap perhimpunan massa mempunyai masalah untuk dikawal dan sebagainya... Apatah lagi masih2 mahu menunjukkan betapa betulnya mereka walaupun hampir kesemua dari mereka itu tidak betul. Wallahualam.

saya sangat hormati pendirian sdr untuk tdk bersetuju dgn himpunan ini, tetapi sdr tidak boleh membuat justifiikasi yg salah terhadap sikap yg kami ambil. krn salah dan benar iitu bukan di dorong persepsi tetapi mestilah berasaskan peraturan. Bagaimana dgn Himpunan sambutan kemerdekaan yg dibuat saban tahun di tengah ibukota ? ada masaalah untuk mengawalnya ? bagaimana himpunan sejuta belia yg kerajaan anjur baru ni, susahkah mahu mengawalnya ? jgn hanya krn kami yg menganjur, bukan UMNO dan BN maka sdr tidak bersetuju dgnnya.

wallahualam

p/s : Fikir2kanlah !


iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim


Monday, July 11, 2011

You hurt your own citizens !

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

9/7 - This is Our Land










iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Dapat kerja lagi !

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar korang? hehe.. alhamdullillah masih diberi peluang olehNya untuk terus berpijak dan meningkatkan ketaqwaan di bumiNya.. cewahh.. hehe... Jadi hari nie nak bgtau yang aku baru mula buat satu lagi keje tapi kali nie tolong ayah aku.. nak tau keje ape? hee.. esok baru boleh bgtau sebab tak amik gambar ari nie jadi bagi klu jela.. boleh? hehe.. klu-nye adalah gambar nie... Selamat men-teka ! :)



Tapi ari nie sedih jugak sebab speck frameless kesayangan ku patah..uuuu... waaaaa... permulaan nak patah tu sewaktu aku pergi berjuang baru2 nie.. tapi aku tak kisah... Allah akan kira semua nie.. insyaAllah.. ameenn...





Okla, nak cite tu je ari nie.. esok insyaAllah update lagi.. kalaua de ruang yang lapang, aku fikir nak update blog tetiap hari tapi tentang aku la.. haha.. tapi kot2 kalau ade berita semasa atau ape2 yang menarik aku akan post jugakk... tazkirah ke.. tak semestiya pasal aku kan.. ok2.. dah banyak cakap..


p/s : sesape nak beli hp baru bole cntct saya ya.. hehe


iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Thursday, July 7, 2011

Alhamdullilah !

2 comments
Assalamualaikum w.b.t


Alhamdullilah.. akhirnya diberi peluang untuk update blog nie (bukan pe, jadi rajin nak update sebab dah ada org tolong renovate blog nie).. hehe.. TQ so much pada Cik Bulat.. Jemput ke BLOG Cik Bulat nie.. Sangat aktif ber-blogger, tengok follower dahla.. haha.. Kreatif jugak design blog nie, ramai jugak org order kat dier utk design blog tapi sayang sekarang tempahan dah tutup.. Katanya dah terlalu ramai tempah, Alhamdullilah rezeki namanya tu kan.. :) Ok, Ape2pun terima kasih banyak2 ya Cik Bulat..

Kembali pada cerita tentang aku, hehe.. macam ramai je orang nak tahu.. Jadi perkembangan sekarang dalam bidang seni-nye, sedang menyiapkan 1st single Vocal Grup aku (The Messages).. Tajuk lagu Pergilah Cinta yang sebelum nie lebih dikenal dengan Pergilah sayang/ Sebenarnya cinta (Tgh bincng2 lagi utk official tajuk). InsyaAllah takde aral melintang, 15/16 7 nie kami akan masuk studio recording lagu baru nie yang akan diterbitkan oleh Bro Akmal Mirwana di Mirwana's Place Studio.. Bagi kami lagu nie kami nak buat yang puas hati dari segi kualiti (Music live, vocal, mixing n master).. Kos untuk 1 lagu nie je dah cecah Rm5000.. hehe.. itulah harga utk produksi yang berkualiti bagi satu2 lagu.. jadi harap kalian dapat support dan jangan download2 je tau.. Mahal2 kami buat, support ya.. request kat radio, insyaAllah kalau ade jual 1st single nie (msih dalam perbincangan).. Belilah satu tau.. Support utk kami teruskan perjuangan seni nie.. :) hehe..

Selain tu jugak, aku n da geng dah kembali aktif menjadi youtubers (ala.. yang cover2 lagu org tu).. jadi pada sape2 yg sudi bolehlah lawat page youtube ku.. link ada kat menu bar di atas.. hehe.. SUBSCRIBE tau ! nanti aku upload mcm2 lagi..




Kerja sekarang bisnes la.. Aku jual Hp, repair Hp n mcm2la yang ada kena-mngena dgn alat2 telekomunikasi.. Nak beli ke, sudi2la tanye di FB aku ke, xpun boleh lawat shop online aku di mudah.my.. Link semua ada di menu bar.. boleh klik dan chill ! hehe.. Alhamdullilah ade la rezeki sikit disamping berbakti dgn ibu ayah jela..


Actually, aku ditawarkan utk belajar di luar tapi masih dalam Istikhrah, mintak Allah tunjuk yang terbaik buat ku.. insyaAllah, ada jalannya.. Mohon Doa ya sahabat semua.. Okla, dah mcm2 rasenye cite tentang aku.. TQ yang sudi baca, kalau nak tau cite2 aku lepas nie.. Jangan lupa Follow ya.. nanti aku update Karya2 aku disini jugak.. Wassalam... :)


P/S : mode cite di atas buat2 rase mcm gempak ! layan je tau... =P


iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim


Monday, March 7, 2011

[PREVIEW NEW ALBUM 2011] Nasyeed Semesta

2 comments
Assalamualaikum w.b.t



Apa khabar? hehe.. Maaf yang teramat, rasenye macam dah tak layan blog nie.. tak baik betul aku nie.. ape2pun terima kasih pada yang dah follow, baru follow dan yang akan follow.. di kesempatan nie, nak cerita pasal perkembangan sikit.. Alhamdullilah sekarang nie aku baru saja memulakan kerjaya ku sebagai seorang ahli perniagaan, cewah! mcm best je.. dah bukak kedai alat telekomunikasi sendiri di batu 3 kuantan.. Doakan aku ya.. nanti aku belanje korang kalau murah rezeki.. Ok, untuk perkembangan dalam bidang seni pulak.. Sekarang aku dah ade group baru, mungkin ramai yang tak tahu.. Nama grup The Messages.. nantikan jela.. nanti kite cite2 lanjut pasal The Messages nie k.. Untuk karier solo plak, insyaAllah akan keluar dgn single baru yang bertajuk Pengabdi Cinta-Mu (Zulhilmi feat. Halim Devotees) dan akan dimuatkan dalam album Koleksi Nasyid indie Vol.2 'Nasyeed Semesta'.. insyaAllah akan terbit 14/3/2011 nie.. sikit masa je lagi jadi nanti korang beli tau.. support kitorg, support lagu terbaru aku nie.. Kalau lagi bagus, sudi2la request di Radio nanti.. terutama IKIM.fm, kot2 ada rezeki dapat masuk carta.. Request tau lepas album release nanti.. (Pengabdi Cinta-Mu by Zulhilmi feat Halim).. Ape2pun terima kasih banyak2 pada korang2 yang sentiasa support aku dalam apa jua perkara yang aku lakukan.. TQ tau utk doa2.. aku doakan korang jugak! Ha! seperti tajuk di utama posting nie.. jadi sesape yang belum dengar Preview album nie, boleh dengar kat sini tapi aku bagi link Youtube je ya.. hehe.. Klik di sini (Preview Nasyeed semesta).. Sume lagu best2.. Support tau!!! Oklah, kite jumpe di posting akan datang ya.. tak tahu la bile pulak nak update.. tengokla kalau ade berita best2 lagi.. best sikit nak cite.. hehe.. Jaga diri semua!! tingkatkan taqwa kita pada-Nya.. cari ilmu, jangan lupa!! =)

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Monday, December 27, 2010

+ bidang dan kerjaya terbaru dalam hidupku!

0 comments


Thursday, December 9, 2010

Pengabdi cinta-Mu (preview)

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Jom hayati lagu terbaru ku..
Tajuk :Pengabdi cinta-Mu
Nyanyian : Zulhilmi feat. Halim

Maaf ya tak boleh nak letak video sebab tak muat disini.. boleh klik link yang daku berikan ya!!



iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Tuesday, October 19, 2010

ku pinta Doakan aku sahabat!

2 comments
Assalamualaikum w.b.t

Seperti kebiasaan rutin harianku adalah hanya tinggal(membuang masa) di bilik sewa ku yang terletak di kelana jaya, rumah yg berkeadaan besar dan luas mata memandang ini adalah sebuah condominium atau lebih dikenali dengan namanya Kelana Parkview. Hampir genap 2 bulan aku tinggal di sini bersama 4 orang teman baru yang lain. Tujuannya aku tinggal di sini adalah untuk menghabiskan masa sebagai seorang pelajar di sebuah kolej swasta di Food Institue of Malaysia (FIM) dan mengambil jurusan dalam bidang Diploma Seni Kulinari. Apa yang terjadi adalah sudah lama aku tidak ke kelas atas sebab yang aku sendiri tidak tahu apa masalah dan puncanya, aku selesa dan tiada masalah peribadi yang melampau menyebabkan aku tertekan tetapi inilah yang terjadi. Sudah hampir 3 bulan aku tidak ke kelas dan menurut salah seorang kawan yang aku kenali di FIM, dia berkata yang final exam sudah bermula. Aku seperti tidak mengendahkan kata-katanya malah terus berada di rumah sewaku menghabiskan masa dengan menonton TV, membaca suratkhabar dan sebagainya. Ada perkara yang berfaedah dan ada yang tidak. Bermacam-macam perkara yang bermain di fikiranku, tidak mengerti apa sebenarnya yang aku mahukan. Hatiku memberontak, hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya yang terbuku di hati ini.

Pada bulan ogos yang lepas, aku sangat terkejut dengan surat yang di terima kerna ia di hantar oleh kolej lamaku iaitu Kolej Universiti Insaniah (KUIN)dan surat itu mengatakan yang aku harus kembali untuk mengulang semester di sebabkan pointer yang rendah dan aku pelik dan termenung seketika. Sebenarnya pada semester terakhir sebelum aku mengambil keputusan untuk meninggalkan KUIN iaitu pada semester ke-3 aku langsung tidak ke kelas dan tidak mengambil final exam sem-3 itu yang sepatutnya menghabiskan 6 semester utk menerima Diploma. Dan aku ada bertanya pada bahagian HEA KUIN mengenai apa akan terjadi jika aku tidak mengambil exam tanpa sebarang alasan dan mereka mengatakan yang aku akan di berhentikan kolej atau lebih senang di panggil di KUIN dengan GB(Gagal Berhenti) tetapi apa yang aku terima adalah sesuatu yang di luar jangkaan iaitu di minta mengulang semestar di sebabkan pointer yang rendah dan pada hakikatnya aku tidak mengambil sebarang exam jadi bagaimana aku boleh menerima pointer itu. Perasaan ingin tahu menyebabkan aku akan ke KUIN. insyaAllah dalam masa terdekat ini aku akan kesana untuk bertanyakan mngenai semua keraguan da kemusykilan ini. Sebenarnya aku gembira dengan paggilan itu jika betul kerna aku menyesal kerna berhenti dahulu kerana setelah aku menyambung pengajian di FIM, jiwaku terasa sangat kosong. Tak tahu kenapa, mungkin kerna aku yang sudah biasa menuntut ilmu dalam suasana agama. Di KUIN juga aku mengambil jurusan Diploma Tahfiz..

Perkara yang sering menggangu fikirkan ku juga adalah mengenai urusan album yang belum selesai lagi iaitu charity album yang sedang ku usahakan atas nama The Messages Entertainment iaitu syarikat kecil-kecilan yang berkhidmat sebagai urusan album production dan sebagainya yang berkaitan. Ini merupakan yang sangat besar bagiku kerna berani mengambil risiko bagi merealisasikan impianku bagi membantu menymbang kepada Maahad Thafiz Al-Irsyad iaitu sebuah maahad tahfiz yang baru di buka di Sekolah Al-Irsyad tempat aku bersekolah dahulu. Alhamdullilah ambil ini mendapat perhatian CEO Al-Irsyad dan mendapat modal yang diperlukan untuk memulakan proses album ini. Pada awalnya semuanya berjalan dengan lancar seperti yang aku pernah ceritakan pada posting yang lepas tetapi sekarang semuanya tidak seperti yang di rancang. Pelbagai masalah yang tiba terutama masalah kewangan, aku sendiri tidak mengerti dari sudut mana yang menyebabkan perkara ini berlaku dan mungkin disebabkan kesilapan aku sendiri. Aku serahkan segalanya pada Allah kerna Allah menentukan segalanya dan Allah mahu aku lebih berusaha untuk menyiapkan album ini sepenuhnya. Aku bersyukur.. ini jalanku..

Apapun, segala yang aku rasakan sekarang adalah ujian Allah untukku. Dan memang tepat aku rasakan yang menyebabkan aku tidak mengendahkan urusan pengajianku adalah di sebabkan masalah album ini. Bukan kerna menjadi beban tetapi kerna terlalu memikirkan. Memang patut ku fikirkan kerna ini adalah amanah untuk ku yang diberi kepercayaan oleh CEO dan pihak Al-Irsyad.

Ibubapa ku selalu menasihati aku supaya tidak terlalu memikirkan perihal album ini yang menyebabkan aku tidak dapat fokus pada pelajaran ku. Aku sangat-sangat bersalah tapi apakan daya yang aku hanya insan biasa. Kepada pembaca posting ini, janganlah terus menilai aku seperti tidak mahu belajar. Fikir positif dan terus mendoakan aku ya.. insyaAllah aku berjanji akan menggenggam ijazah pengajian ku. Percayalah!. Dan aku rasakan perlu untuk aku meneruskan dalam bidang agama yang aku ceburi selama ini.. Aku serahkan segalanya pada Allah dan akan beristikharah utk petunjuk yang terbaik selain berbincang dengan ibubapaku. Adakah untuk meneruskan pengajianku di FIM atau menerima pelawaan KUIN itu? insyaAllah posting akan datang akan ku sambung kisah ini. Moga posting selepas ini akan ada berita yang gembira untuk aku dan pembaca yang menghayatinya..

Untuk yang terakhirnya, aku baru saja selesai baca novel Bumi Cinta tulisan habiburrahman el Shirazy. Kisah dalam novel itu telah mengubah segala-galanya yang aku rasakan sekarang untuk terus mempelajari ilmu agama sedalam-dalamnya dan aku menangis di akhir novel kerna mengenang kisah yang sungguh hebat dan tidak dapat di gambarkan mengenai indahnya menghayati Islam. Subahanallah! Alhamdullilah! Allahuakbar!.. jadi nanti bolehlah dapatkan dan selami sendiri apa yang aku rasakan.. =)

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Wednesday, August 25, 2010

Perkongsian : Berbuka Puasa

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Rasanya dah lama betul tak update blog kan, banyak sebenarnya cerita-cerita yang nak di kongsikan. InsyaAllah, masa terluang nanti daku akan kongsikan. Jadi daku ade sedikit perkongsian utk pengunjung blog ku..bacalah ya.. Selamat berpuasa semua!


Bulan puasa ni, ramai yang asyik menunggu untuk berbuka. Memang saat yang dinanti-nantikan la. Jadi, sebagai seorang muslim yang jati pada sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka wajiblah kita tuntuni sunnah, adat, kebiasaan Nabi dalam beriftar.


1. Bilakah waktu berbuka ?

- Apabila tenggelam matahari.

2. Menyegerakan berbuka (tidak menangguhkannya)

- Dari Amru bin Maimun Al-Audi, telah berkata :

كان أصحاب محمد أسرع الناس إفطارا و أبطأهم سحورا
Maksudnya : ” Sesungguhnya sahabat Muhammad adalah orang yang paling cepat berbuka dan paling lambat bersuhur ” [HR Abdurrazzaq : 7591][1]

- Mengapakah perlu segera berbuka ?

a. Dapat menghasilkan kebaikan

- Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :

لا يزال الناس بخير ما ععجلوا الفطر
Maksudnya : ” Manusia tidak akan sunyi dari kebaikan selama mana menyegerakan
berbuka puasa ” [HR Al-Bukhari : 1856, Muslim : 1093]

b. Ia merupakan sunnah Rasulullah r :

- Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :

لا تزال أمتي على سنتي ما لم تنتظر بفطرها النجوم
Maksudnya : ” Umatku akan sentiasa dalam sunnahku selama mana mereka tidak
menunggu bintang untuk berbuka puasa “. [HR Ibnu Hibban : 891][2]

c. Mengelakkan dari menyerupai amalan yahudi dan nasrani

- Dari Abu Hurairah, Nabi r bersabda :

لا يزال الدين ظاهرا ما عجل الناس الفطر، لأن اليهود و النصارى يؤخرون
Maksudnya : ” Agama ini akan sentiasa menang selama mana manusia menyegerakan berbuka, kerana yahudi dan nasrani mengakhirkannya “. [HR Abu Daud : 2353][3]

3. Berbuka sebelum solat maghrib

- Dari Anas bin Malik :

كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطرقبل أن يصلي
Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r berbuka sebelum solat “. [HR Abu Daud : 2356][4]

4. Dengan apa berbuka ?

- Dari Anas bin Malik :

كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي ، فإن لم يكن رطبات فتمرات ، فإن لم يكن تمرات ؛ حسا حسوات من ماء
Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (ruthob) sebelum solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah (ruthob) Baginda berbuka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), Baginda meneguk seteguk air “. [HR Abu Daud : 2356]

5. Apakah doa berbuka puasa ?

- Berdoalah dengan apa-apa doa pun, cuma alangkah baiknya kita dapat mencontohi doa Rasulullah r, kerana Baginda r tidak akan melafazkan sesuatu melainkan padanya pasti ada kebaikan. Sesungguhnya doa orang yang berpuasa sebelum berbuka adalah doa yang mustajab insyaAllah, sebagaimana diriwayatkan dari Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah r :

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حين يفطر، و الإمام العادل، و دعوة المظلوم
Maksudnya : ” Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa di saat berbuka, imam yang adil, dan orang yang dizalimi “. [HR At-Tirmidzi : 2526][5]

- Doa yang thabit serta shahih dari Nabi r ketika berbuka adalah :

ذهب الظَمَأُ وابتَلَّتِ العُروق، وثَبَتَ الأجر إن شا ء الله
Maksudnya : ” Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat, dan telah ditetapkan pahala insyaAllah ” [HR Abu Daud : 2357][6]

- Adapun doa :

اللهم لك صمت، وعلى رزقك أفطرت
Maksudnya : ” Ya Allah, ya Tuhan kami, kerana-Mu kami berpuasa, dan atas rezeki-Mu kami berbuka”.[HR Abu Daud : 2358]

Hadis yang menyebut tentang doa ini, adalah dari riwayat Mu’az bin Zuhrah. Beliau bukan sahabat sebaliknya beliau adalah tabi’in (generasi selepas sahabat Nabi r). Tetapi beliau telah meriwayatkan hadis ini secara langsung dari Nabi r. Dalam ilmu mustolah, hadis ini dikenali sebagai hadis mursal, kerana tabi’in meriwayatkan dari Nabi r sedangkan dia tidak pernah bertemu dengan Nabi r. Hadis mursal mengikut muhaddithin adalah hadis yang lemah dan tidak boleh dijadikan hujjah. Syeikh Salim ‘Eid Al-Hilali dalam Nailul Authar Bi Takhrij Ahadisil Azkar[7], menyebut : Sanad hadis ini lemah kerana 3 kecacatan :

1. Mu’az bin Zuhrah tidak dikenali (مجهول)
2. Hadis ini mursal, kerana Mu’az adalah tabi’in
3. Perawi dari Mu’az adalah seorang lelaki yang tidak diketahui namanya (مبهم)

Oleh itu, untuk menyandarkan doa ini kepada Nabi r adalah salah sama sekali!! Sebaliknya, jika seseorang itu ingin berdoa tanpa menyandarkannya kepada Nabi r, maka perkara itu dibolehkan. Tetapi alangkah baiknya, melafazkan kalimah yang dilafazkan oleh manusia yang paling mulia iaitu Rasulullah r.

6. Dianjurkan memberi makan untuk orang berbuka puasa

- Nabi r bersabda :

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Maksudnya : ” Barang sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun dari pahalanya ” [HR At-Tirmidzi : 804, Ibnu majah : 1746][8]


- Apakah doa untuk orang yang memberi makan kepada kita ?

Antaranya[9] : dari Miqdad, Nabi r bersabda :

اللهم أطعم من أطعمني، و اسق من سقاني
Maksudnya : ” Ya Allah ya Tuhan kami, berilah makan kepada orang yang memberi makan kepada kami, dan berilah minum kepada orang yang memberi minum kepada kami “. [HR Muslim : 2055].

Haa. Habis suda. Dah baca, Kena amalkan kan? So, selamat beramal. =)

________________________________________
[1] Sanadnya Shahih, lihat Fathul Bari : 4/199.
[2] Sanadnya Shahih, lihat (صفة صوم النبي) oleh syeikh Salim Al-Hilali dan Syeikh Ali Al-Halabi : mks 63.
[3] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2063.
[4] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2065. Penyusun telah meringkaskan hadis ini tanpa
mengubah maknanya. Perkara seperti ini diperbolehkan dalam ilmu hadis selagimana ia tidak mengubah makna serta tujuan hadis.
Lihat perbahasan ini dalam Manhaju Annaqd Fi ‘Ulumil Hadis, oleh Dr. Nuruddin ‘Itr : mks : 231.
[5] Sanadnya Shahih, lihat Silsilah Asshahihah, oleh Syeikh Al-Albani : 1797.
[6] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2066.
[7] 1/438. Kitab ini bertujuan menilai semula kedudukan hadis-hadis dalam kitab Al-Azkar oleh Imam Annawawi.
[8] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Ibni Majah oleh Syeikh Al-Albani : 1417.
[9] Untuk mengetahui selain dari doa di atas,lihat (حصن المسلم) oleh Syeikh Said bin Ali Al-Qahthani.

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Sunday, August 1, 2010

lagu baru : JanjiNya pasti

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

title JanjiNya pasti

composed and written by Zuruhirumi and Zhizen (The Messages entertainment)
artiste ZULHILMI

Di sana terus derita
walau ku tak merasa
Di dada ini terseksa
melihat kesakitan yang merekah

Apakah terus begini
mereka terus dibenci
difitnah sesuka hati
tak sanggup lagi utk ku berdiam

(chorus)
Tabahnya hatimu lalui sengsara
semangat juangmu terus membara
Ayuh bangkit semua
demi satu nama yang mulia
jihad di jalanNya..

Apakah terus begini
mereka terus dibenci
difitnah sesuka hati
tak sanggup lagi utk ku berdiam
diri.....

bridge.........

ulang chorus

Saudaraku usahlah resah
janjiNya kau pasti ke syurga
disini aku berdoa
kejayaan milik kita semua...

4.30 a.m
31/7/2010

Nantikan preview demo...


iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim


Thursday, July 15, 2010

"Maafkan Ibu Tidak Sempurna"

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Kali ini daku nak kongsi lirik lagu.Bagi daku istimewanya lirik nie sebab daku pernah bacakan lirik nie pada seseorang dan secara tiba-tiba orang itu boleh mengalirkan air mata, itu baru baca belum nyanyikan lagi.Kiranya memang ada aura pada lirik/lagu nie.Tahniah buat Hazalinda harun (isteri kepada Bro Fadzli Fareast).Lirik lagu nie dipetik daripada album terbaru kumpulan Fareast - Saat Lafaz Sakinah, tajuk lagu yang daku maksudkan ialah 'Maafkan Ibu Tidak Sempurna', lagu track terakhir didalam album.Ini liriknya, sama2 kita hayati ya....

Pondok ini menjadi saksi,anjungnya bukti
Tempat ibumu dodoikan kamu
Permata hatiku

Tak pernah kami seresah ini wahai anakku
Besarkan mu mula dari
dua jari telapak kaki

Aku tahu hatimu pilu, langkahmu malu
Ibumu, isteriku tidak sempurna,
buta matanya
Di jalanan kau dihina.
miliki ibu yang buta
Resah dan marah
hingga kau lupa takdir Allah

Ketika engkau memalingkan muka
Ibumu tersenyum, katanya engkau anak
kecilnya tak cukup dewasa
Jauh dihatinya ibumu berdoa
Moga kau berubah,
agar anaknya ketemu hikmah

Susu ibumu, doa ibumu, redha ibumu
Hidupmu cemerlang, engkau disanjung
engkau dijulang
Namun sayang,
kejayaanmu dipandang ibu,
dicelah manusia yang sempurna
telahanmu
Khuatir ibu ketika itu dirimu malu,
disitu ku lihat ibumu sendu, ibumu sendu

Pondok ini menjadi saksi
Anjung ini bukti
Tempat ibumu menanti, hai permata hati
Pulanglah hai anak
ke riba ibumu
Bimbang masa berlalu
Tak sempat ketemu

Ibumu, isteriku kini dah tiada
Di hujung hayatnya sempat berkata,
"Susu yang engkau minum ibu halalkan
Dosamu ibu ampunkan"

"Maafkan ibu tidak sempurna di matamu
Biar di hina, ibu galas semuanya
Asalkan kat tak merasa"

Sudah sampai masanya
ku ceritakan rahsia
Yang ku semat di atas permintaanya
Sempurnamu anakku atas anugerah ibu
Engkau lahir ke dunia buta matamu
Ibumu, isteriku hadiahkan matanya
untukmu

Wahai sayangku, belum ku ketemu
Hikmah zuriat itu dari rahim muliamu..

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

Wednesday, July 7, 2010

Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin (Perkongsian)

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.


Kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan
kesombongan ibubapa atau keluarga ::::::::::::

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.

Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:

“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.


Kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk
mengaut yuran peserta ::::::::::::

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.
Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.



Tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang
lafaz terima (ijab) ::::::::::::

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutny a. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.
Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut:

“Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah
menjadi syurga, bukan neraka ::::::::::::

Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa.


Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).


Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan,
maka talak itu disuruh oleh al-Quran ::::::::::::

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah.


Wanita hari ini ada yang terseksa batinnya - sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak
mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin ::::::::::::

Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:


“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).

Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.

Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:

“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).

Malanglah, pintu keluar itu dihalang oleh kerenah
biorokrasi mahkamah ::::::::::::

Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.

Dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan
begitu luas dan mudah ::::::::::::

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama
hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.


___________________________

Sumber: http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t69136-50.html


iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim
 

Copyright © 2011 Reserved to Zulhilmi Safain Design with love by CikBulat